Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 19, 2015

AZMIN ALI BAKAL KEHILANGAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR DAN DIGANTIKAN OLEH SHAARI SUNGIP ADUN PAS PRO-DAP!!!



Perkembangan terbaharu di Selangor bakal meruncingkan lagi permasalahan.

Walaupun DAP kelihatan cukup angkuh seolah-olah mereka adalah kuasa utama di Selangor, hakikatnya tidak ada mana-mana parti pun yang dominan. DAP hanya menguasai 15 kerusi DUN dicampur 2 kerusi DUN PAS yang berpindah kepada mereka. PKR pula sekadar 13 kerusi DUN manakala UMNO pula kekal 12.

Azmin Ali dan PKR menyatakan, mereka akan menghadap DYMM Sultan Selangor untuk menerangkan situasi politik dalaman negeri Selangor serta kedudukan Kerajaan Negeri.

Tetapi nampaknya, DAP dikhabarkan akan mendahului Azmin Ali. DAP dikatakan sudah pun mempunyai calon Menteri Besar iaitu Shaari Sungip.

Shaari Sungip adalah Anwarinas. Walaupun merupakan ADUN PAS Hulu Kelang, hakikatnya Shaari Sungip lebih setia kepada Anwar Ibrahim dan bertuankan DAP. Shaari Sungip merupakan salah seorang pengkhianat PAS yang berpaling menyokong DAP dalam kemelut Menteri Besar Selangor yang menyaksikan Khalid Ibrahim disingkir dan dipecat dari PKR ekoran LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli.

Seorang lagi adalah ADUN PAS Morib.

Apakah sejarah akan tercipta di Selangor apabila DAP berjaya meletakkan calon mereka walaupun berlabelkan PAS sepertimana mereka berjaya menaikkan serta mengkuda-kepangkan Nizar Jamaluddin selama 11 bulan di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009?

Mampukah Azmin Ali menangani sikap kebulur kuasa DAP memandangkan walaupun Azmin Ali adalah Menteri Besar, kesemua portfolio penting dalam Kerajaan Negeri dikuasai oleh DAP. Begitu juga dengan PBT, kuasa dibolot lebih oleh DAP.

Atau adakah di sebalik ikrar Azmin Ali bahawa Pilihanraya Negeri bukanlah satu pilihan yang akan diambil tetapi demi menyelamatkan kedudukannya serta mengajar DAP, akhirnya DUN Selangor akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri yang baru bagi mendapatkan mandat daripada rakyat dan pengundi di seluruh Selangor?

Drama ini baru sahaja bermula...


1 comment:

Anonymous said...

THEY (HYPOCRITE,MUNAFIQ MALAYS) HAVE TAKEN THEIR OATHS AS A COVER,SO THEY (HYPOCRITE,MUNAFIQ MALAYS) AVERTED PEOPLE MUSLIMIN (MALAYS) FROM THE WAY OF ALLAH SWT( ISLAM).INDEED,IT WAS EVIL THAT THEY(HYPOCRITE,MUNAFIQ MALAYS) WERE DOING.S.AL MUNAFIQUN.V.2.

 
Blogger Templates