Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 15, 2015

DAP DAN PKR 'BODOH' SEBAB TAK FAHAM, JADI JANGAN CAMPUR URUSAN PAS!!!



DAP dan PKR tidak faham prosedur sesuatu usul dalam PAS, sehubungan itu kedua-dua parti itu disaran agar tidak masuk campur.

Itu penegasan daripada Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.

"Dia (PKR,DAP) tak faham. Mereka tak payah nak campur masalah dalaman PAS, kita nak bawa ke mana-mana ikut pandai kitalah," katanya kepada Antarapos.

DAP dan PKR mengambil ketetapan bahawa 'usul putus hubungan dengan DAP' yang diluluskan Muktamar PAS sudah berkuatkuasa dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura Ulama.

Ini kerana dakwa dua parti itu usul berkenaan sudahpun diluluskan oleh badan pembuat keputusan tertinggi dalam PAS justeru tiada keperluan untuk dibincang Majlis Syura Ulama lagi.

Ketika ditanya mengenai kedudukan PAS setakat ini, ujar Nik Zawawi parti itu masih anggota Pakatan Rakyat.

"Kita masih biasa lagi, kita tak ada apa-apa keputusan. PAS ni berpegang pada prinsip agama, sekiranya agama masih membenarkan kita berada dalam Pakatan maka kita kekal dalam Pakatan.

"Kalau agama dari segi hukumnya kata Tahaluf Siyasi batal, kita akan keluar daripada Pakatan. Ia berasaskan kepada hukum," jelasnya.

Namun sekiranya perkara sebaliknya berlaku meskipun hubungan yang terjalin antara ketiga-tiga komponen ini berjalan dengan baik tetapi tidak mengikut lunas-lunas agama, maka ia akan terbatal.

"Sekiranya hukum memutuskan untuk kita putus maka kita putuslah. PAS ni perjuangan Islam dan akan ikut lunas-lunas yang digariskan dalam agama Islam.

"Kalau Tahaluf Siyasi ini syarat-syarat masih kekal, walaupun sukar kita akan tetap dalam Pakatan. Sekiranya syarat-syarat dan peraturan itu terbubar/terbatal maka walaupun tiada masalah kita akan keluar," katanya.

Nik Zawawi berkata, tarikh untuk Majlis Syura Ulama bersidang bagi membincangkan perihal usul putus hubungan itu sudah ditetapkan, namun ia masih dirahsiakan.

Bagaimanapun ia akan dimaklumkan kepada umum apabila tiba waktunya.



5 comments:

Anonymous said...

Datuk nik saya ada satu soalan...mmg agama membenarkan kita berkawan dgn org bkn islam yg kuta menentang hukum islam untuk jatuhkan parti org islam ya...sekadar bertanya....mohon penjelasan...tq..

Anonymous said...

Putus ke tak putus ni ?

Anonymous said...

PAS yang bodoh. DAP dah kata dan kenakan PAS macam2 tetapi PAS macam sundal tak tahu malu masih nak berkawan dengan puak yang jelas membenci mereka. Ad telur ke takde telur PAS ni?

Anonymous said...

Tak payah nak bergantung pada PKR dan DAP ,gerak solo sudah , Kalau perjuangan berlandaskan ISLAM tuhan akan bantu ,Percayalah ,

Orang melayu said...

Cuba klau dgn umno , pas ni dh mcm pelacur plk dh , pelangan dh tknk tp msh terhegeh2 lg . Pas ni tk fham lg ke yg dap , pkr dh tknk berkejasa dgn pas lg .

 
Blogger Templates