Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 11, 2015

EMPAT PELANCONG BOGEL DI PUNCAK KINABALU TELAH DITAHAN, DAN TABLOID DI ENGLAND SUDAH MULAKAN SENSASI!!!



Pelancong bogel dan kencing di puncak Gunung Kinabalu ditangkap. Walaupun bukan kesemuanya tetapi empat daripada mereka termasuklah dua orang wanita telah ditahan dan diperintahkan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu semalam.

Keempat-empat mereka - dua orang rakyat Kanada bersaudara berusia 22 dan 23, seorang lelaki warga Belanda dan seorang wanita warga Britain telah ditahan secara berasingan. Tiga orang daripada mereka telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu manakala selebihnya ditangkap ketika hendak menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Tawau.

Keempat-empat mereka telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Jalaluddin Abdul Rahman sebagai suspek yang telah mencemarkan kesucian puncak Kinabalu sebagaimana yang dipercayai oleh penduduk tempatan pada 30 Mei lalu. Kesemua mereka direman di bawah Seksyen 294 (1) Kanun Keseksaan kerana berperangai cemar yang menyebabkan mereka dipenjarakan selama tiga bulan, didenda atau kedua-duanya jikalau didapati bersalah.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah itu tidak dapat mengesahkan sama ada keempat-empat suspek itu akan dibicarakan mahkamah adat atau sebaliknya.

Kesemua pelancong bogel tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk tempatan sehinggakan kejadian gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu yang mengorbankan 18 orang, dikaitkan dengan perbuatan lucah mereka. Penduduk tempatan menganggap Gunung Kinabalu sebagai tempat suci dan kemuncaknya adalah penempatan roh-roh si mati.


No comments:

 
Blogger Templates