Malah mereka ini yang pernah berebut jawatan dalam UMNO, dalam usaha untuk menunjukkan betapa hebatnya mereka, menggunakan semua hujah serta props Pakatan Rakyat termasuklah poster bagi menunjukkan kegagalan Kerajaan Najib Abdul Razak.
Sama seperti NOTHING2HIDE yang sebenarnya mempunyai agenda besar yang tersembunyi di sebalik penganjuran program tersebut iaitu MENGHAPUSKAN NAMA BAIK MAHATHIR DAN NAJIB secara serentak, nampaknya kumpulan atau individu tertentu, meneruskan kerja-kerja saraf mereka tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Sedang viral pada ketika ini adalah gambar di bawah yang diambil daripada petikan sebuah artikel fitnah. (RUJUK SINI)
Walaupun dari satu segi, kelihatan cuba menjadikan Mahathir sebagai TERSANGAT HITAM dan JAHAT, tetapi hakikatnya, artikel tersebut dan penyebarannya masa kini adalah untuk menjadikan keadaan lebih meruncing dan penyoong Najib serta Mahathir akan saling salah menyalah dan tuduh-menuduh seperti yang berlaku dalam NOTHING2HIDE.
Kesudahan daripada penyebaran tersebut adalah, impaknya akan melekat kepada Najib Abdul Razak. Akan ada yang menyatakan, Najib yang mengarahkan artikel tersebut ditulis dan disebarkan. Yang menyokong Najib pula, sebahagian daripada mereka menganggap ia adalah sebuah kenyataan dan hakikat yang tidak boleh dinafikan sama sekali sekaligus menjadi salah satu sebab utama mengapa Mahathir menentang Najib dan mahu Najib meletak jawatan.
Permainan fitnah seperti ini sangat merbahaya.
Sehingga sekarang pun, Syiah yang menyokong Syaidina Ali r.a terus bermusuhan dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mengambil pendekatan sederhana dalam konsep kewalian dan kekhalifahan.
Khawarij yang memulakan sengketa tersebut, masih berlepas diri sehingga ke hari ini. Dan mereka terus wujud dalam bentuk kehidupan moden!!!
Apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang, sebenarnya adalah kerja Khawarij sekalipun Khawarij yang ada di negara ini, bukan berasal atau berketurunan dari Harura, tempat asal Khawarij!!!
Seharusnya pihak berkuasa bersegera melakukan siasatan dan 'membetulkan' keadaan ini menerusi penguatkuasaan undang-undang.
1 comment:
Mahathir memang telah membeli hati penduduk Langkawi dgn memajukan pulau tersebut ketahap yg ada sekarang. Omar ong ni pemandu mabuk ....
Post a Comment