Dalam sepucuk surat yang ditulis oleh 'waris' pelajar-pelajar terbabit yang kemudian disusuli pula dengan laporan polis oleh 30 orang ibu bapa pelajar-pelajar di sebuah sekolah rendah di Sungai Petani, guru yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan telah menyuruh para pelajar bukan Islam membawa bekalan air mereka sendiri sepanjang bulan puasa, kemudian minum di tandas atau minum air kencing mereka sendiri.
Seorang bapa bernama Jaya Sharma Gopal KR, 37, menyatakan tindakan guru tersebut adalah melampau. Mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku berdasarkan pengakuan dua orang guru, dia mempersoalkan kewajaran guru berkenaan menyuruh para pelajar minum air kencing.
Beberapa kejadian sebelum ini menunjukkan ia bukanlah perkara baru. Lebih banyak fitnah ke atas guru dibuat oleh ibu bapa yang melampau dan ada sesetengahnya mempunyai motif politik seperti yang melibatkan seorang pelajar perempuan di Cheras, Kuala Lumpur diarahkan pulang kerana memakai baju kurung yang jarang serta tidak mengenakan butang yang mendedahkan sebahagian dadanya.
Bapanya adalah penyokong kuat Sarawak For Sarawakians yang memperjuangkan pengeluaran Sarawak daripada Persekutuan Malaysia, walaupun bapanya adalah berbangsa India yang berkahwin dengan Bumiputera Sarawak.
Kham Agung Lawrence Jayaraj, bapa pelajar terbabit diketahui mempunyai motif subversif untuk membangkitkan kebencian di kalangan penduduk Sarawak kepada Kerajaan Malaysia. (RUJUK SINI)
Justeru, tidak mustahil juga sekiranya dalam kes murid 'dinasihati' minum air kencing ini juga sebenarnya, SILAP FAHAM YANG DISENGAJAKAN dan DISENSASIKAN.
2 comments:
Bila melayu dan kerajaan dah ala2 pondan gitu, maka banyaklah pihak akan mengambil kesempatan... ini semua hanya dimalaysia dan hanya dibawah PM kesanyangan kita...
Pakatan Rakyat yang ajar para penyokongnya jadi biadap.
Post a Comment