Polis Kelantan telah berjaya menahan dan memberkas bapa serta ibu tiri kanak-kanak berusia 5 tahun yang telah didera oleh pasangan tersebut sehingga patah tulang belakang.
Ketua Polis Kelantan, Mazlan Lazim berkata hari in, si bapa, 39 dan ibu tirinya, 25, telah ditahan di hadapan sebuah restoran di Kota Bharu.
Pasangan tersebut akan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan," katanya ketika dihubungi.
Budak perempuan tersebut telah ditemui oleh ibunya yang berusia 28 tahun dalam keadaan yang sangat lemah dengan kesan-kesan lebam serta parut di seluruh badannya. Kepalanya turut tercedera dan kelihatan bongkok kesan daripada tulang belakang yang patah.
Kanak-kanak berkenaan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Terkini, status terbaru wanita itu yang dimuatnaik di akaun facebooknya turut didedahkan. Selain berbaur lucah, status ibu tiri ini juga amat biadap.
2 comments:
gotcha....
be ready my gifted genius muslimin malays clan ummah.....
Post a Comment