Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 28, 2015

INILAH WAJAH JELITA WANITA YANG DERA ANAK TIRINYA BERUSIA 5 TAHUN SAMPAI PATAH TULANG BELAKANG DAN TULANG RUSUK!!!



Wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.

Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.

Selain itu, sikap Nur Zuliana Zaara atau nama timangan Yaya juga bertukar menjadi pasif, pendiam dan antisosial, jauh berbeza berbanding perwatakan asalnya yang aktif.



“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” rintih ibu kandung kanak-kanak itu, Sana Abdul Malek ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Sana, 28, mendakwa, ketika mahu bercerai pada 2013, bekas suaminya meletakkan syarat mahu menjaga Nur Zuliana Zaara yang merupakan anak tunggal mereka memetik Utusan.

Sejak itu katanya, dia hanya berpeluang bertemu Nur Zuliana Zaara sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Kemudian, lelaki itu berkahwin lain dan sejak itu, dia tidak lagi dibenarkan bertemu anaknya.
“Apabila menelefon bertanyakan khabar, bekas suami kata Yaya tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan saya. Yaya sekarang seronok sebab dapat ibu baru.

“Memandangkan kami masing-masing sudah berkahwin lain dan mempunyai kehidupan baharu, saya tidak mengesyaki apa-apa yang buruk. Lebih-lebih lagi bekas suami memberi jaminan Yaya kini dijaga dengan baik,” kata Sana.

Bagaimanapun kata Sana, Rabu lalu, ibu tiri mangsa yang berusia 20-an menghubunginya dan memberitahu pasangan itu tidak mahu lagi menjaga Nur Zuliana Zaara.


“Mereka mahu menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya kepada saya. Ketika menyerahkan Yaya, bekas suami dan isterinya itu tidak bersemuka dengan saya. Mereka menggunakan jiran sebagai orang tengah.

“Hati saya mula tidak sedap sebaik sahaja melihat Yaya dalam keadaan lemah, berjalan bongkok dan kurus kering. Dia juga enggan bercakap,” katanya.

Sana berkata, semasa tiba di rumah, dia membuka baju dan terkejut melihat badan Yaya penuh dengan kesan lebam, parut dan luka di sana-sini.

“Kepalanya juga terkoyak. Apabila ditanya, dia cuma beritahu ‘Mummy’ cubit. Itu sahaja,” katanya yang segera membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata, Nur Zuliana Zaara telah dihantar ke HRPZ II untuk rawatan lanjut dan setakat ini keadaan mangsa dilaporkan stabil walaupun masih trauma dan enggan bercakap dengan sesiapa.

“Polis kini sedang giat mengesan ibu tiri dan bapa kandung mangsa yang didapati telah meninggalkan rumah dan melarikan diri,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana dera.


8 comments:

Anonymous said...

bone paid with the bone....

Ted Manoff said...

Chuchok puntong rokok pada faraj perempuan tu biar dia rasa pula. .ini pompuan gila...

Anonymous said...

Sebat dengan besi panas sampai mampus

Anonymous said...

Manusia berhati setan

Anonymous said...

betul tu bro......mari kita cucoh api rokok kat cipap betina tu..... pas tu kita tumbok tulang rusuk dia sampai patah. biar dia rasa......kalau tak suka pun budak tu.....serah balik kepada ibunya. jenis tongong sundal punya betina.

kijfd said...

jantan ni pun satu laki bongokanak kandung kau didera separuh mati.kau ajar laa perempuan tu...,,

apa dah jadi dia sendiri sama-sama lari.
kalau jumpa kat aku,aku tahu apa aku perlu buat kat dua ekor nii,,

Anonymous said...

mak ayah ni tak da agama ke?

Anonymous said...

Org yg mcm ni..tk blh nk dgn binatang..sebab binatang pun syg anak..balasan kpd 2 eko ni..buka baju bg tingl seluar dlm ja..lepas kat bandar..nak tgk mcm mna dia nk lari..babi punya org

 
Blogger Templates