Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 9, 2015

ISU BEG TANGAN ROSMAH... NAK FITNAH PUNYA FASAL, GAMBAR 4 TAHUN SUDAH DIGUNAKAN DAN DIVIRALKAN!!!




1. Saya mendapat maklumat bahawa terdapat sebaran gambar di Whatsapp mengenai keratan berita mengenai sebuah handbag Hermes Birkin yang dijual secara lelongan pada harga RM820,000. Gambar tersebut disebarkan juga bersama sekeping gambar DS Rosmah memakai sebuah handbag yang hampir sama. Seolah-olah menggambarkan bahawa DS Rosmah merupakan individu yang telah membeli handbag tersebut.

2. Setelah disemak, saya mendapati bahawa gambar yang disebarkan itu adalah gambar lama yang dirakam 4 tahun lepas di Kompleks Bunga Raya KLIA, sewaktu DS Najib dan DS Rosmah mahu berlepas ke luar negara. Manakala mengikut laporan Wall Street Journal, handbag Hermes Birkin yang dilelong itu adalah model baru yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan dilelong pada bulan Jun 2015. Jadi, mana mungkin DS Rosmah memakai handbag yang sama di dalam gambar tersebut.

3. Handbag yang dipakai oleh DS Rosmah dalam gambar tersebut merupakan pemberian hadiah dari besan DS Rosmah (ketika itu bakal besan), Maira Nazarbayev.

4. Saya mohon kita semua sebagai orang Islam, agar tidak mudah menyebarkan gambar, video atau sebarang berita yang kita sendiri belum tahu pokok pangkalnya. Dosa yang kita tanggung amatlah berat, kerana apa yang kita sebar akan terus menerus disebarkan oleh orang lain. Dan setiap sebaran fitnah itu, kita menanggung dosanya.


Rizal Mansor


9 comments:

Anonymous said...

Dia beli kt petaling street beg tu.

Anonymous said...

Kamu Rizal Mansur sepatutnya berhenti dari mengeluarkan kenyataan mempertahankan rosmah tu!

Samada "pemberian" "hadiah" dari mana2 pihak sekalipun, Rosmah tidak sepatutnya menunjuk nunjuk dalam apa bentuk sekalipun.

Adakah isteri2 PM sebelum ini mempunyai sifat2 seperti Rosmah ini?

Hentikan kenyataan "Dosa yang kita tanggung amatlah berat......" jika kamu sendiri bersekongkol dengan Pemimpin yang menyeleweng dan Rakyat terpaksa menanggung permasaalahan yg berlaku hari ini!

Anonymous said...

bangang punya posting bro..

Anonymous said...

Sekiranya boleh elakkan fitnah, eloklah kita tidak menggayakannya dimajlis

Anonymous said...

Apa sebenarnya masalah orang Melayu ni? Busuk hati sampai mati. Apa kena mengenai handbag DS Rosmah dengan Negara kita? Suka hati dialah bag tangan jenis apa dia nak pakai. Dia ada mintak duit bapak kau ke?

Banggang betul orang Melayu. Isu anak2 Melayu semakin ramai di Pusat Serenti, PATI berlambak2 semakin hari, keruntuhan moral anak bangsa tidak dikengahkan. Isu remeh temeh yang diviralkan.

Sia-sia je buat University banyak2, Masjid jadi tempat mengadu domba memperteguhkan 'pengaruh dunia' masing2, yang ini tak salah pulak?

Sakit jiwa orang Melayu sampai bila2 sebab tu SEMUA sama saja. Yang dah tua tak ingat nak mampus, masih mengejar dunia. Nak dilingkupkan anak bangsa. Sama je tak kira berkot atau berjubah dan berserban.

Nasib baik BAJU DALAM dan SELUAR DALAM DS Rosmah tak boleh dilihat kalau tidak tentu viral jugak.

Wahai lelaki Melayu, anda jagalah BINI masing2...besar kemungkinan BINI BINI SYURGA anda semua, handbag pun mereka BELI dengan DUIT mereka sendiri sebab anda semua HABUK je.

Pandainya menghina BINI orang Lain, Orang lain terutamanya Pemimpin Negara sendiri semua salah. Anda saja yang betul. Anda saja yang baik. Sebab tu kalau tak percaya pergi ke Mahkamah Syariah berapa ramai Perempuan Melayu yang turun naik Mahkamah nak minta NAFKAH anak sendiri kerana bekas SUAMI MIthali mengelat, cuba lari dari hakikat.

Cermin diri sendiri, tengok lama2 pada BINI, baru berpolitik!

Anonymous said...

Ntah, ape yang nk dibela sgt rosmah tu..

Anonymous said...

Takkan Rosmah nak pakai handbag RM 820 kot

Anonymous said...

Kuat kipas la mamat ni....

Anonymous said...

Model 2014. Lelong june 2015 ? Hu hu hu. Lepas tu pemberian bakal besan ? Order cincin 24 juta bakal besan jugak nk tengok ?
Sia sia laki dia jadi panglima bugis !
Pergi kenduri rumah besan bawak 300 0rang pun besan yg tanggung.

 
Blogger Templates