Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook menyatakan keinginan dan harapannya agar mangsa-mangsa tanah runtuh dan gempa bumi di Ranau mendapat sedikit keselesaan berbanding berkumpul dan tidur secara berserakan.
Kali pertama 1M4U memperkenalkan khemah untuk mangsa bencana adalah pada ketika banjir besar di Pantai Timur Semenanjung pada penghujung tahun lepas.
Veronica Antin-Gantor menulis di page Friends of Kinabalu Mountain Guides tentang harapannya agar mangsa-mangsa di Dewan Komuniti di Ranau dan Kundasang dibekalkan khemah seperti yang disediakan oleh 1M4U di Kelantan.
20 Jun 2015, penghantaran khemah-khemah untuk mangsa telah tiba di Cargo Centre Kota Kinabalu dan dijangka tiba di Pusat Pemindahan Mini Kundasang, Ranau pada jam 2:30 petang hari yang sama.
4:15 petang, hari yang sama, bantuan khemah sementara dan sleeping bags mula diagih-agihkan di Pusat Pemindahan Dewan Mini Kundasang untuk kegunaan lebih kurang 49 buah keluarga. Turut membantu adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Malaysia Airports dan sukarelawan-sukarelawan 1M4U dari Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah.
1M4U telah memperolehi khemah-khemah bantuan itu bermula dari Mac tahun lepas dan ianya digunakan sepenuhnya pada musibah banjir besar di Pantai Timur Semenanjung. Kini,
1 comment:
that's the way la veronica....may the lord bless you....
Post a Comment