Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 1, 2015

KENAIKAN HARGA PETROL DAN DIESEL, RAMAI YANG KEMBALI MEROYAN!!!



Pusing kut mana pun, ikut hukum akal mahupun hukum ekonomi, walaupun dihiaskan dengan pelbagai label dan istilah yang indah-indah, kenaikan harga merupakan satu perkara 'wajib'. Bila sudah naik, ia tidak akan turun dengan mudah. Dan kalaupun turun, ia tidak akan bertahan lama sebelum naik semula.

Itu sebablah dahulu, nilai wang lebih besar berbanding sekarang walaupun jumlahnya sama. Malanglah bagi generasi akan datang kerana mereka akan terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga dan harga tinggi walaupun generasi sekarang dimomokkan oleh golongan beku otak, kononnya tukar kerajaan maka harga barang akan diturunkan.

Bermula tengah malam tadi, harga RON95 dan diesel telah dinaikkan RM0.10. RON95 telah berharga RM2.05 dari RM1.95. Manakala diesel juga telah dinaikkan kepada RM2.05 dari RM1.95.

Dan seperti biasa, setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, pastinya akan ada suara-suara penentang yang menyalahkan kerajaan, menyalahkan parti politik, malah mula melakukan tuduhan liar.

Barangkali golongan yang sama terlupa, bahawa gesaan agar subsidi ditarik balik kerana kononnya harga minyak akan lebih rendah telah dibuat tidak lama dahulu. Subsidi dikatakan hanya membantu kroni dan sebagai topeng semata-mata kerana subsidi melindungi harga sebenar bahan bakar tersebut.

Subsidi ke atas bahan bakar kemudiannya ditarik balik dan harga RON95 dan diesel telah diapungkan secara terkawal. Dengan kata, kerajaan masih lagi mengawal harga tersebut agar ia tidak melonjak terlampau tinggi sekaligus menyebabkan berlakunya 'kecederaan teruk' pada ekonomi dan aliran tunai domestik.

Ada juga yang memberikan analogi, kenaikan harga minyak akan mendorong kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Memang benar... harga minyak naik, naiklah semua harga barang dan perkhidmatan. Tetapi itu di dunia normal. Di negara lain, bukan di Malaysia.


Di Malaysia, harga minyak naik, harga barang dan perkhidmatan akan naik. Tetapi apabila harga minyak turun, walaupun selama lima bulan, ia tidak akan menurunkan harga barang dan perkhidmatan, sebaliknya para pemborong dan orang tengah selain peruncit yang mengambil kesempatan, menggunakan pelbagai alasan lain, termasuklah musim hujan dan musim perayaan untuk menekankan kenaikan harga.

Akan sentiasa ada alasan untuk terus menaikkan harga walaupun harga minyak diturunkan tetapi tidak ada sebarang alasan untuk penurunan harga barangan dan perkhidmatan pada ketika harga minyak diturunkan.

Sepatutnya di sinilah letaknya kebijaksanaan KPDNKK yang mengawal selia harga barangan dan kepenggunaan. Walaupun hanya barangan asasi dikawal harganya tetapi melihat kepada situasi sekarang, terdapat terlalu banyak kes di mana, barang-barang kawalan juga tidak terlepas daripada dikenakan kenaikan harga oleh peruncit. Sehinggakan banyak kes di mana, barang kawalan yang berharga tetap, pemborong dan peruncit mengawal jumlah yang dijual seperti minyak masak berpaket, sebaliknya dijual pada harga yang lebih tinggi, jumlahnya sentiasa ada dan berlambak.

KPDNKK tidak seharusnya hanya menunggu laporan sebaliknya sentiasa menugaskan pasukan penguatkuasanya melakukan pemantauan. Tidak guna menyerbu dan mendenda pekedai tetapi SYAITAN SEBENAR iaitu pemborong dan orang tengah sentiasa terlepas dan meraih keuntungan berkali-kali ganda tanpa sebarang tindakan!!!!


2 comments:

paktam said...

Nampaknya akta berhubung dengan harga tidak memberi kesan, oleh itu akta ini perlu dipinda, terutama berkaitan dengan pemborong dan orang tengan. Atau menteri berkaitan tidak berkesan.

Anonymous said...

Di sini lah letaknya moto pencapaian diutamakan rakyat didahulukan.
Pagi2 buta rakyat dah kena. Untuk pencapaian siapa tu ?

 
Blogger Templates