Golongan jemuan dan para pencen serta para penganalisa berharga RM50, sedang sibuk mengatur strategi dan meniupkan khabar-khabar angin tentang berita Najib akan meletakkan jawatan.
Menariknya, viral yang cuba mereka lakukan bukan sahaja tidak berjaya, sebaliknya mendatangkan rasa mual dan jijik kerana seperti yang diketahui, kebanyakan daripada mereka terutama sekali yang mengaku 'BLOGGER' dan 'PENGANALISA POLITIK' itu sebenarnya adalah golongan yang kepentingan mereka, telah ditolak oleh Najib.
Malah ada pula yang bankrap kerana budaya hidupnya yang suka bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk kekayaan tetapi akhirnya dimufliskan oleh bank kerana tidak mampu membayar hutang dan pinjaman bank tetapi kemudian marah kepada parti dan Presiden parti kerana tidak membantunya, walhal selama ini, dia menikmati terlalu banyak tender dan kontrak kerajaan sebelum keistimewaannya itu diagih-agihkan kepada orang lain pula.
Ada pula Melayu DAP yang bersungguh-sungguh seperti memberikan sokongan kepada Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sebenarnya mempunyai niat jahat bagi memudahkan penguasaan DAP ke atas Malaysia, sedang mencuba untuk menusukkan jarum hasutannya. (BACA DI SINI)
Menariknya, di sebalik tohmahannya bahawa Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar mesej, WhatsApp dan sebagainya agar sambutan kepulangan TPM di KLIA dibuat secara beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti, perkara sebenarnya ialah, ia tidak berlaku. Sebaliknya yang melakukan perbuatan tersebut adalah golongan jemuan dan para pencen yang berusaha untuk membuktikan bahawa teori mereka kononnya Muhyiddin dan Najib sedang bersengketa dilihat benar.
Muhyiddin sudah berulang-ulang kali - termasuklah sebelum Najib menjadi Perdana Menteri lagi - telah menolak gesaan para jemuan dan para pencen tersebut untuk mengikut kehendak mereka. Sesuatu yang sangat pasti, berbanding anggota kabinet yang lain, Muhyiddin kerapkali bersendirian dan tidak tertakluk langsung dengan mana-mana kumpulan pro mahupun kontra.
Walaupun ramai yang menanti-nantikan apa perutusan dan ucapan Muhyiddin sekembalinya ke tanahair hari ini, tetapi yang sudah pasti dan boleh dijangka ialah, Muhyiddin tetap berada di belakang Najib Abdul Razak.
Golongan jemuan dan para pencen itu, akan kekal bernostalgia dan hidup dalam angan-angan!!!
5 comments:
PARA PENCEN DAN JEMUAN BUKAN PEDULI PUN PARTI DAN MELAYU BERCAKARAN. JANJI TEMBOLOK BOLIH DIISI. BILA KEM NAJIB RUNTUH....CUBA NASIB KEM BARU. PERANGAI ORANG POLITIK......MELAYU DAP PUN TUMPANG SEKAKI. SEBELAH SANA CUCUK SEBELAH SINI CUCUK. APA LAGI.....HABIS MELAYU NGOK MELOMPAT. KALAU BERJAYA MEMECAH KESATUAN MELAYU.....MACAI DAP DAPATLAH IMBOHAN.....RIBU RIBU...... MACAM SAUDARA AHMAD RAZALI PERKATAKAN ITU.....
Walau apa pun perubahan yang dihebuh-hebuhkan, ia mesti dipersetujui antara kedua tokoh dan individu berkenaan..
awat hang takut nak terima kenyataan ka ?
Nak berpecah apa pulak. Mohyiddin takkan nak lawan towkey kot. Aku rasa lagi parah jika Mohyiddin jadi PM ganti Najib. Tengoklah dasar Pelajaran kita, mana ada standard. Org Melayu malu dibuatnya tak panadai berbahasa Inggeris, China dan Tamil. Mana cogan 1 Malaysia pun. Gaji guru asyik naik je, apa ke halnya pun. Yang kuat cikgu besar tapi cikgu kecik goyang kaki dan buat tution malam.
7.56
Cakap tu biar bertapis sikit.
Jangan ikut sedap mulut tak berlesen.
Beratus ribu orang yang kau fitnah tu.
Boleh tanggung ke dosa.
Banyak sangat ke amalan baik kau yang nak disedekahkan?
Post a Comment