Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 3, 2015

KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS: PARASIT, PASMA DAN ANWARINAS SUDAH TERCAMPAK DARI PAS!!!



Ketika artikel ini ditulis, keputusan membabitkan pertandingan Ketua Pemuda PAS sudah pun diketahui.

Suhaizan Kaiat yang didalangi oleh DAP dan kaum Parasit telah tumpas teruk di tangan Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Suhaizan hanya mampu memperolehi 263 undi berbanding Nik Abduh yang memperolehi 429 undi.

Sekarang yang ditunggu-tunggu kini adalah untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Muslimat dan Naib Presiden.

Husam Musa dan kumpulannya sedang melihat serta memerhatikan perkembangan terkini pengundian dengan penuh sengsara. Dan yang sudah pasti berdebar-debar kencang kini adalah DAP yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kempen menggulingkan kepimpinan pro-ulama di bawah Abdul Hadi Awang.

Mampukah DAP memperolehi pulangan atau mereka terpaksa menambah pelaburan apabila proksi-proksi mereka tercampak daripada saf kepimpinan PAS?

Keputusan untuk Dewan Ulama, langsung tidak menyebelahi mereka apabila kebanyakan daripada pemimpin yang terpilih, menang tanpa bertanding. Dewan Ulama merupakan antara yang paling lantang menentang cubaan DAP untuk memporak-perandakan PAS, malah yang paling lantang juga menafikan tuduhan DAP dan PKR bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO.

Daripada soksek-soksek yang kedengaran, Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS juga semakin hampir dengan KEKALAHAN apabila Tuan Ibrahim Tuan Man dalam percubaaan kali keduanya, dilihat lebih berwibawa dan mendapat sokongan perwakilan. Sedangkan Mat Sabu pula telah beberapa kali melakukan kesilapan termasuklah meminta agar PAS menghormati DAP dan PKR seandainya ingin menang pada PRU akan datang.

Ahli-ahli PAS tidaklah terlalu bodoh kerana berdasarkan kepada keputusan silam, PAS rugi lebih banyak ketika bertahaluf siyasi dengan PAS berbanding DAP yang meraih terlalu banyak keuntungan sehinggakan penguasaan ke atas Pulau Pinang telah menyebabkan PAS tidak mampu berkata apa-apa apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang merampas tanah yang telah digazetkan untuk masjid dan sekolah agama, menjadi tapak kondominium mewah yang bakal mengecilkan sokongan buat PAS sendiri apabila penduduk dan pengundi terpaksa berpindah ke tempat lain.

Bergabung atau tidak dengan UMNO, yang pasti, lebih ramai yang mengharapkan kepimpinan PAS akan kekal di bawah pasukan Abdul Hadi Awang, berbanding dirampas oleh pasukan yang didalangi oleh DAP dan Lim Guan Eng!!!


No comments:

 
Blogger Templates