Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 16, 2015

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SUDAH TIDAK WUJUD DI SELANGOR TETAPI AZMIN ALI TETAP MENTERI BESAR SELANGOR!!!



Polemik terbaru membabitkan PKR, DAP dan PAS tidak ubah seperti sebuah drama pentas yang sengaja dipentaskan untuk menutup isu yang lebih besar membabitkan tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Kenyataan Lim Kit Siang bahawa Wan Azizah tidak perlu bersusah payah untuk menghalang pembubaran Pakatan Rakyat, sekaligus membenarkan gambaran tentang jalan cerita yang telah dikarang oleh DAP semenjak tahun 2008 apabila berjaya memperdayakan PAS untuk memperkenalkan istilah TAHALUF SIYASI.

Tahaluf Siyasi yang begitu diakidahkan oleh sebahagian besar ahli PAS, sebenarnya memberikan lebih banyak keuntungan kepada DAP berbanding PAS. PAS sebaliknya kehilangan banyak keistimewaan, malahan sama seperti amah Indonesia yang diambil dan dipaksa bekerja tetapi tidak diberikan gaji dan makanan.

PAS terpaksa berkorban apa-apa sahaja. Menggunakan semua kekuatan dan kelebihan mereka bagi mengagungkan DAP. Menyerahkan beberapa kerusi yang memang mereka boleh menang kepada DAP dan PKR. Malah terpaksa mengerahkan jentera sendiri untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR yang telah merampas kerusi tradisi PAS.

Keputusan yang dibuat oleh Azmin Ali untuk memutuskan hubungan dengan PAS di Selangor, sebaliknya memilih DAP untuk berkongsi kuasa, menjadikan kuasa pentadbiran di Selangor bakal berubah corak menjadi SEPENUHNYA DAP sepertimana yang berlaku di Perak pada tahun 2008 sehingga Februari 2009.

Gabungan DAP-PKR akan menyaksikan penguasaan kerusi di DUN Selangor adalah 28 tambah 2 kerusi PAS iaitu Morib dan Hulu Kelang berbanding UMNO-PAS yang hanya memperolehi 25.

Majoriti penguasaan PKR-DAP hanyalah tiga atau lebih tepat lagi dua memandangkan Hannah Yeoh dari DAP telah dilantik sebagai Speaker.

Perlu diingat, PAS pernah mentadbir Kelantan dengan hanya kelebihan satu kerusi DUN pada tahun 2004 dan penggal pentadbiran tersebut berakhir pada PRU tahun 2008. Kerusi DUN Kemuning pula, PAS hanya menang dengan majoriti 2 UNDI SAHAJA!

Menariknya, DAP sudah mula mencipta cerita kononnya, UMNO dan Barisan Nasional akan MEMBELI BEBERAPA ORANG ADUN Selangor dari DAP-PKR untuk merampas negeri itu sepertimana yang kononnya berlaku di Perak pada Februari 2009.

Cuma, lebih menarik lagi, DAP cuma PANDAI MENCIPTA TEORI pembelian ADUN mereka, tetapi tidak pula berani mendesak Azmin Ali untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihanraya negeri bagi menghalang pembelian dan 'perampasan' seperti yang mereka percaya.


6 comments:

Anonymous said...

Ini hanya DRAMA sahaja, mereka hendak cari publisiti murah dan perhatian kononnya..Jangan percaya!!

Anonymous said...

Ini semua poyoooooooo.....

Anonymous said...

Azmin kena tgu hari sabtu.. Nk jumpa punahsihat..
Kat kajang inn. Baru dia berdegar2 buat statement.. Konon dia punya statement.. non dipenjara.. min dpt nama..

Anonymous said...

Akhirnya tahaluf siyasi jd halus sinasi di awang-awangan..dah agak lama dah xtahan lama...

Anonymous said...

Akhirnya tahaluf siyasi jd halus sinasi.dah agak lama dah.xtahan lama

Anonymous said...

X tahan lama coz x pakai viagra...kahkahkah

ejakulasi pramatang...hooooo

 
Blogger Templates