Itu yang ditegaskan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Menurutnya, keputusan itu telah dibuat oleh Majlis Eksekutif Negeri yang bermesyuarat semalam yang turut dihadiri oleh seua 30 ADUN.
Salleh yang merupakan ADUN PAS Permatang Pasir, memegang beberapa jawatan seperti Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, salah seorang ahli lembaga pengarah dalam Yayasan Islam Pulau Pinang dan Hub Halal Antarabangsa Pulau Pinang.
Menariknya selama ini, DAP bukan main lagi mengutuk sesiapa yang disifatkannya sebagai KATAK kerana lompat parti dan kerana itulah DAP telah meluluskan undang-undang anti lompat parti di Pulau Pinang.
Adakah Salleh Man bukan lagi ahli PAS?
Kalau Salleh Man tidak melompat parti dan masih lagi menjadi ahli PAS, mengapa pula DAP memecat dua orang lagi Ahli Majlis PBT dari PAS kerana berpegang teguh kepada pendapat yang PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, justeru, semua yang ada kaitan dengan PAS perlu disingkirkan.
Mengapa pula Salleh Man istimewa di mata Lim Guan Eng?
BACA SETERUSNYA DI SINI
2 comments:
Dia dgn mat sabu dh mkan babi bersama lge...hidup mati bersama dap
Kena lompat la. Kalau tak tak masyukkk.
2x5, 5x2 hipocrite. Cakap tak serupa bikin. Kongkalikong.
Post a Comment