Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 10, 2015

KETEGANGAN ANTARA TUN MAHATHIR DAN NAJIB, TIDAK AKAN MERUNGKAI MASALAH, SEBALIKNYA MENYENANGKAN PIHAK LAIN!!!



Cadangan Khairy Jamaluddin agar Najib Abdul Razak bertemu muka dengan Tun Dr. Mahathir, nampaknya menarik perhatian sebahagian besar peminat politik negara. Dan seperti biasa, ada pro dan kontra dengan cadangan itu.

Beberapa nama yang sebelum ini adalah MANUSIA BERSTATUS MUFLIS dan gagal dalam politik, mula mencelah-celah sambil menumpang-numpang pada nama Tun Dr. Mahathir. Manakala sebahagia yang sedang memburu laba besar dan merupakan bekas penentang kerajaan yang sangat akif suatu masa dahulu, kelihatan pula seperti cuba membela Najib.

Gabungan daripada kedua-dua pihak ini sebenarnya sama-sama meruntuhkan nama Tun Dr. Mahathir dan Najib Abdul Razak. Sebaliknya yang meraih untung adalah pihak ketiga yang sehingga kini belum lagi menunjukkan rupa dan wajah mereka yang sebenar, tetapi ramai yang tahu siapakah mereka yang menjadi tukang laga dan penghasut itu.

Ada yang memberikan status DEWA kepada Tun Dr. Mahathir. Memaksumkannya dan cuba menghilangkan kesilapan-kesilapan sepanjang tempoh pentadbirannya yang panjang itu. Namun pada masa yang sama, enggan memberikan ruang yang sama kepada Najib yang sedang melakukan perkara yang sama sepanjang tempoh 6 tahun pertama pentadbiran.

Seperti yang diketahui, setiap Perdana Menteri akan MEWARISI TAHI DAN DAKI daripada Perdana-Perdana Menteri sebelumnya. Tun Dr. Mahathir mewarisi masalah daripada tiga orang Perdana Menteri sebelumnya dan mengubahnya dengan 'bantuan' Pelan Pembangunan Progresif Allahyarham Tun Abdul Razak.

Najib pula mewarisi masalah kejatuhan segala-galanya semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan terpaksa mengubah acuan yang telah dirosakkan dengan acuan yang baru.

Namun dalam usaha itu, beberapa pihak yang mendapat manfaat secara langsung, berasa terancam dan terjejas. Mereka melihat Najib sedang memusnahkan mereka. Kebergantungan berterusan kepada projek-projek kerajaan selain jawatan dalam UMNO dan lantikan dalam GLC mengatasi segala-galanya. Ditambah pula dengan golongan yang berasakan mereka perlu dibela oleh UMNO bagi mengekalkan kemewahan mereka.

Penyakit ini sudah lama menjadi barah di dalam UMNO. Terlalu ramai di dalam UMNO yang diserang penyakit ini. Dan kerana penyakit inilah juga, beberapa PRK menunjukkan kesan yang boleh dilihat secara nyata.

Tiada yang maksum dan tiada yang sempurna. Namun setiap masalah hanya boleh diselesaikan dengan kewarasan, bukannya dengan cara revolusi atau tohmahan dan acuman seperti yang sedang berlaku sekarang. Jauh sekali penyelesaian menggunakan senjata seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.

Membandingkan 'kemenangan' Mahathir atau Najib atas satu sama lain, samalah seperti perbuatan mengapi-apikan penyokong kedua-dua belah pihak yang pengakhirnya ialah kekalahan bagi kedua-duanya. Tiada yang menang dalam pertarungan dan perbalahan ini. Baik Tun Dr. Mahathir mahupun Najib yang dijolok, dihasut dan diapi-apikan oleh penyokong masing-masing, pihak yang menang adalah si pembuat rencana, bukannya si pengeluar suara seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir.

Berselindung kononnya untuk membela negara sudah tidak relevan lagi kerana sejarah sudah membuktikan bahawa ketidakpuasan hati yang disuarakan sebenarnya mempunyai motif yang lebih besar iaitu kepentingan diri. Tun mungkin tidak mempunyai kepentingan diri lagi, tetapi beberapa wajah 'setia' yang ada di sekelilingnya, diketahui mempunyai rangsangan yang cukup besar untuk ugutan dan memperolehi laba daripada perbuatan mereka.

Hanya kembali kepada perdamaian dan meja rundingan dengan membuang ego masing-masing sahaja yang mampu menyelesaikan semua masalah yang telah ditimbulkan.

Cerita Tun Mahathir marahkan Najib dan Najib ambil hati dengan 'teguran' Mahathir sebenarnya sudah tidak menarik minat rakyat. Yang paling banyak bercakap tentang pertentangan Mahathir-Najib sebenarnya hanyalah golongan yang ada kepentingan. Rakyat biasa lebih memikirkan tentang kos sara hidup, bukannya masalah yang ditimbulkan dan 'soal-jawab' yang tidak berkesudahan!!!


2 comments:

Anonymous said...

yang bermasalah bukan Tun M. tapi PM.

selaku orang paling berkuasa. bertindak berani lah untuk jelaskan dan kurangkan keresahan rakyat. ini tidak..

Anonymous said...

Apa kejadah ni. KJ menteri sukan habis takde pencapaian langsung. Macam macam scandal terjadi termasuk rogol, dadah ....

Pingat emas menurun ish ish ish

Lagipun sioxford ni kan terbukti jenayah politik wang. Dia juaga yg sebabkan Paklah dipecat.

Tahu tak blogger pro-Najib digelar BANGANG oleh Rosmah dan BODOH oleh Najib sendiri.

Kesian ........

 
Blogger Templates