Nampaknya isu tatacara berpakaian di kaunter JPJ terus menarik perhatian beberapa pemimpin Cina, sama ada dari Pakatan, mahupun dari Barisan Nasional. Tatacara berpakaian nampaknya tidak berguna dan tidak terpakai memandangkan yang melakukan perlanggaran adalah seorang NYONYA yang memakai skirt di atas kepala lutut walaupun tatacara berpakaian tidak membenarkan pemakaian seperti itu.
Sudah tentu dalam isu-isu seperti ini, nama TERESA KOK akan muncul. Dan seperti biasa, dia segera akan mencari jalan untuk mengaitkan institusi Islam untuk memulakan agenda jahatnya.
'JPJ
bukan Masjid'
Barangkali ketika berkempen untuk melembutkan hati orang Melayu dan terpaksa masuk ke kawasan masjid dengan memakai kain yang menutup sehingga ke buku lali, menyebabkan Teresa Kok melihat masjid sebagai sebuah institusi yang mencemarkan gaya bebas berpakaian wanita. Apatah lagi dia pernah diserang kerana memasuki kawasan masjid di Cheras dengan hanya berskirt tidak lama dahulu.
Dengan hanya mengambil sebahagian sahaja daripada gambar tatacara berpakaian ketika berurusan di kaunter awam, Teresa Kok secara bebas menimbulkan persoalan, JPJ bukannya masjid yang memerlukan pemakaian kemas.
Namun sesuatu yang pasti ialah sebenarnya, apa-apa sahaja yang dilihat seperti menentang 'kebebasan' kecinaan, maka Teresa Kok akan tampil dan kemudian mempersoalkannya. Samalah seperti dalam kes wanita bogel yang diarahkan ketuk ketampi yang Teresa Kok begitu marah kerana menyangkakan suspek yang sedang menjalani SOP ketika di lokap adalah wanita Cina, kemudiannya memilih untuk menutup mulut apabila mengetahui wanita tersebut adalah Melayu.
Begitu jugalah dengan gelagat Sim Tze Tzin yang menuntut agar Menteri Pengangkutan mendedahkan nama pegawai JPJ yang mengeluarkan arahan agar NYONYA berkenaan memakai kain batik untuk menutup kakinya.
Pegawai JPJ berkenaan sepatutnya dipuji kerana bertegas agar para pengunjung mematuhi peraturan dan kod tatacara berpakaian, bukannya digertak dan dimalukan. Malangnya, bukan sahaja diminta didedahkan namanya, bahkan didesak agar dia dikenakan tindakan tatatertib.
Kaunter awam seperti JPJ bukannya pusat hiburan seperti karaoke, disko atau kelab malam. Tatacara berpakaiannya sudah ada dan perlu dipatuhi. Teresa Kok atau Sim Tze Tzin tidak mungkin akan masuk ke Parlimen dengan hanya berbikini dan berseluar dalam. Lagipun, di seluruh dunia, termasuklah di Amerika Syarikat sendiri yang begitu dipuja oleh puak-puak seperti Teresa Kok dan Sim Tze Tzin, tatacara berpakaian tetap wujud dan ianya tetap sopan!
1 comment:
Datuk liow yg sepatutnya di ambil tindakan , Dasar lebih Cina dari masyarakat majmuk
Post a Comment