Akhbar itu dalam kolum "Khabar Dari Negeri" memetik penganalisis politik, Profesor Dr Azizul Halim Yahya, yang berkata kedudukan gabungan 28 kerusi PAS-BN kini tidak cukup untuk menang majoriti mudah kecuali ada seorang daripada DAP atau PKR lompat parti dan menyokong kerajaan perpaduan itu.
"Begitu juga dengan PKR dan DAP jika bergabung pun hanya 28 kerusi dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang daripada parti lain seperti PAS untuk lompat parti.
"Namun bersediakah Adun PAS terbabit untuk mencatat sejarah dalam politik sebagai seorang pengkhianat kepada parti sendiri," soalnya.
DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR (13), BN (12), dan Bebas (1).
Utusan berkata, kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah kerana mereka sudah ada perancangan rapi dan strategi merampas kembali Selangor.
Katanya, gabungan itu tidak bermakna PAS masuk BN kerana masing-masing masih belum mempercayai antara satu sama lain, tetapi kejujuran antara mereka boleh berjaya jika masing-masing berpakat dan berjanji.
"Bagi memastikan kerajaan bersama PAS-BN bersifat neutral, mereka boleh melantik Abdul Khalid yang kini adalah wakil rakyat Bebas sebagai menteri besar," katanya merujuk kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR.
Katanya, gabungan sedemikian pernah dibuat Parti Perikatan sebelum ini dan berjaya hingga negara mencapai kemerdekaan seterusnya ditukar nama sebagai BN.
Katanya, ini satu kelebihan buat PAS kerana parti Islam itu tidak mampu menang jika diadakan pilihan raya negeri, dan Umno kuat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
"PAS pun mungkin melihat inilah satu-satunya pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk merealisasikan apa yang diusulkan dalam muktamar baru-baru ini," katanya.
Namun, katanya, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mungkin akan mengambil langkah membubarkan DUN dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Katanya, ia merupakan jalan terbaik memastikan pembangkang terus berkuasa memandangkang BN juga sedang berdepan isu MIC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Berdasarkan pemantauan dan pengamatan saya menerusi media sosial dan pergaulan, PKR masih popular di Selangor terutama di kalangan orang muda," katanya. – 19 Jun, 2015. (THE MALAYSIAN INSIDER)
2 comments:
TMI sumber yang boleh di percayai.
Kalau BN-PAS boleh bersepakat bagus juga cadangan itu. X payah PRN boleh jimat duit rm100 juta kos PRN. Lagipun PRU pun dah x berapa lama lagi. Apa yg penting PR dah gagal dan MB yg x efisyen ni ditukar.
Post a Comment