Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 26, 2015

POLITIK BULAN PUASA-AIR KENCING DAN POLEMIK BUKAN ISLAM, MENJATUHKAN MARUAH SEKOLAH ALIRAN KEBANGSAAN... KERJA SARAF SIAPA SEBENARNYA?


Penggunaan gambar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana yang dikaitkan dengan isu di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menimbulkan kontroversi dan imej buruk kepada pihak sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Pristana, Rosli Abdullah menjelaskan, gambar yang dikeluarkan portal berita terbabit seolah-olah menyamakan isu itu berlaku di sekolah ini.

Menurutnya, insiden yang berlaku ketika perhimpunan rasmi sekolah terbabit yang meminta murid bukan Islam tidak minum di dalam kelas ketika Ramadan dikaitkan dengan SK Seri Pristana.

“Sebelum ini saya dikejutkan dengan pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsaap yang diterima daripada seorang kawan yang jelas terpampang isu berunsur perkauman yang menggunakan gambar sekolah.

“Penggunaan gambar sekolah seolah-olah menunjukkan kejadian itu berlaku di SK Seri Pristana sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar.

“Saya cukup kesal apabila portal berita itu sewenang-wenangnya guna gambar sekolah kami untuk laporan berita sedemikian,” katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama.

Rosli menegaskan, kejadian terbabit tidak berlaku di SK Seri Pristana dan mahu pihak portal berita terbabit mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

“Saya juga ingatkan supaya gambar SK Seri Pristana tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk laporan sedemikian kerana menimbulkan persepsi buruk terutamanya kepada ibu bapa,” katanya.

Sebelum ini, ucapan disampaikan dalam perhimpunan rasmi di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan ibu bapa bukan Islam.

Adun yang dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah itu merujuk kepada ucapan pada 21 Jun lalu iaitu 'murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum di dalam kelas. Tetapi minum di dalam tandas sekolah. Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip ataupun kencing sendiri'.

Ucapan terbabit disifatkan tidak beradab dan kurang sopan sehingga menimbulkan sentimen perkauman dalam kalangan pelajar dan masyarakat bukan Islam. (SUMBER)


4 comments:

Anonymous said...

soul paid with soul......

Anonymous said...

"O YOU WHO BELIEVE( MUSLIMIN: MALAYS)!IF A REBELLIOUS EVIL WICKED PERSON COMES TO YOU(MALAYS:MUSLIMIN) WITH A NEWS,VERIFY IT,LEST YOU HARM PEOPLE IN IGNORANCE,AND AFTERWARDS YOU BECOME REGRETFUL TO WHAT YOU HAVE DONE.S.AL HUJURAT.V.6

bebas said...

Hahahhaa najib tangguh pemilihan umno thun dpn. Puuuui. Pahlawan bugis la sangat. Senyap la nazri aziz, die srh sapa nk lwn najib ms pemilihan umno. Sekali najib yg bacul xbrani bertanding pun. Tsk3 sedih3

Anonymous said...

malays: ultimate super power race in planet "earth"

 
Blogger Templates