Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 24, 2015

SARAWAK REPORT TIDAK NAFIKAN JUSTO BEKAL MAKLUMAT, TETAPI BERDALIH, JUSTO DIBAYAR RM15 JUTA UNTUK LETAK JAWATAN DARI PETROSAUDI!!!



Seorang eksekutif IT Switzerland yang ditahan pihak berkuasa Thailand atas dakwaan cuba memeras ugut majikannya, PetroSaudi International berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dikatakan menerima bayaran RM15 juta sebagai ganjaran beliau meletak jawatan.

Media Thailand memetik polis negara itu sebagai berkata Xavier Andre Justo, 49, menafikan beliau menuntut hampir RM10 juta lagi bagi tujuan itu.

Isnin lalu, Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai menahan Justo di rumahnya di Koh Samui dan merampas komputer serta cakera keras, menurut The Bangkok Post.

Justo dikatakan menuntut 90 juta baht (RM9.9 juta) daripada PetroSaudi bagi menutup mulutnya daripada mendedahkan maklumat sulit kepada pesaing, menurut Akaradech Pimonsri, pemangku komander Bahagian Pencegahan Jenayah.

Bagaimanapun, Justo menafikan tuduhan itu.

Justo bekerja untuk PetroSaudi tetapi dibayar 140 juta baht (RM15 juta) supaya meninggalkan syarikat itu, selepas beliau didapati melanggar peraturan syarikat.

Syarikat tenaga Arab Saudi itu merupakan rakan kongsi 1MDB, syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang sedang dilanda kontroversi dengan hutang mencecah sehingga RM42 bilion dan kini menjalani penyusunan semula.

The Bangkok Post berkata polis Thai percaya Justo membocorkan maklumat mengenai PetroSaudi kepada “laman web berita di UK”, yang dikenal pasti sebagai portal Sarawak Report yang berpangkalan di London.

Memetik sumber Malaysia, akhbar itu berkata maklumat dan laporan yang disiarkan laman web itu adalah “sebahagian plot untuk menjatuhkan” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Antara laporan itu ada menyebut urusniaga PetroSaudi dengan 1MDB, yang dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada September 2009.

Dalam urusniaga itu, Low didakwa menyeleweng AS$700 juta daripada kerjasama berkenaan dan wang itu dipindahkan ke satu syarikat di bawah kawalannya.

Menurut The Bangkok Post, PetroSaudi menafikan laporan berkenaan manakala 1MDB nafi ada kaitan dengan Low.

Low yang berasal dari Pulau Pinang juga kekal dengan kenyataannya dia tidak bersalah dalam isu 1MDB.


Sementara itu, Sarawak Report dalam surat terbukanya kepada Kementerian Luar Switzerland melahirkan kebimbangan terhadap penahanan Justo dan layanan yang diterima ketika dalam tahanan, tetapi tidak mengesah atau menafikan dakwaan polis Thai mengenai peranan Justo membekalkan maklumat kepada laman web itu.

“Saya sangat percaya warganegara Switzerland itu dijadikan subjek balas dendam dan gangguan berhubung perkara di mana mahkamah Thai tidak mempunyai bidang kuasa terhadapnya,” tulis editor, Clare Rewcastle Brown.

Katanya, sebelum ini beliau cuba memberikan butiran “aktiviti penipuan” PetroSaudi yang ada kaitan dengan 1MDB kepada pendakwa Switzerland, tetapi diberitahu bukti tidak cukup untuk inkuiri diadakan.

Brown kini mendakwa mempunyai “3 juta emel dengan butir jenayah itu, di mana PetroSaudi International adalah pihak terlibat” dan mendesak pihak berkuasa Switzerland menyiasat perkara itu.

“PetroSaudi International kini tahu maklumat daripada pelayan mereka adalah asli, apabila menuduh bekas pekerja sendiri mencurinya,” tulis Brown.

PetroSaudi dalam satu kenyataan malam tadi berkata pihaknya lega dengan penahanan Justo dan syarikat itu menjadi “mangsa kecuaian jenayah yang malangnya dipolitikkan di Malaysia”.

“Kami gembira akhirnya dapat membetulkan fakta dan kami minta maaf kepada rakyat Malaysia atas kemudaratan yang disebabkan oleh bekas kakitangan kami yang jahat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, 1MDB masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selain Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara. – 24 Jun, 2015. (THE MALAYSIA INSIDER)

NOTA:

Kes fitnah ke atas PetroSaudi telah difailkan dan aduan telah dibuat di London oleh pihak terbabit. Justo pastinya akan diekstradisikan oleh Thailand ke Britain bagi perbicaraan dan siasatan lanjut.

Maka tidak hairanlah Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report sangat gentar dan resah kerana mereka sendiri berpangkalan di Britain.


Agak menarik apabila The Malaysian Insider cuba menghilangkan jejak mereka sendiri yang tidak melaporkan mengapa Xavier Justo ditahan oleh polis Thailand dan waran tangkap ke atasnya oleh Mahkamah Bangkok Selatan. Dan lebih menarik lagi ialah apabila The Malaysia Insider juga tidak menyebut fakta kes di mana Xavier Justo telah menokok tambah e-mel dan dokumen-dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report.

11 comments:

Anonymous said...

Najib oh najib berhentilah , kamu sudah tidak layak mentadbir, bersekongkol dengan jho low, menyalahgunakuasa dan menyeleweng sehingga melibatkan berbillion wang rakyat mengalir keluar tanpa di pantau, siapa tandatangan jawapan nya najib.

Siapa yg beri sokongan kat najib? blongang yg di bayar yg tiada maruah dan pendirian.

Bertaubatlah ! Insaflah! Beriztikarah! Kembali lah ke pangkal jalan! Kamu semua telah bersyubha dengan riba lagi HARAMI! bermula dari najib turun ke blongang2 dan lembuan2 nya!

Anonymous said...

Tertangkapnya penjenayah yang peras ugut petrosaudi di Thailand, tiba-tiba blogger upahan pembangkang di Malaysia menggelupor tak tentu darah, hairan kenapa terkesan sangat dengan berita ini....he..he..he..sambil menunggu parti Islam boneka dap yang baru ....

Ted Manoff said...

Ini komen bangang nak mampos dalam Ramadan yang mulia ni

Anonymous said...

Pecacai bangang upahan DAP dah mengelabah....sambil menunggu parti Islam baru Tajaan DAP untuk meperbodohkan pecacai Islam pr.

HAMIDIsP said...

Susah sangat pentadbiran najib ni..mmm

Anonymous said...

Wei.......apa ko ckp ni? Kalau SR dari awal dah suruh buat siasatan, buat apa sekarang dia nak rasa gelisah. Patutnya yang gelisah ialah pihak yg kena siasat......banyak benda akan terbuka dan terurai.

Anonymous said...

" bila hati telah hitam" jadi lah macam anon kat atas ni. Deterangkan panjang lebar pun masih lagi nak salahkan orang. senang-senang suruh orang berhenti. Ko jangan lupa mungkin ini salah satu pertolongan dari Allah untuk si Najib tu.

Anonymous said...

seek and destroy...

Unknown said...

Ingat la azab neraka itu. Bahasa yg digunakan melambangkan manusia itu baik atau buruk.

Unknown said...

Memang la susah zaman fitnah di hujung jari. Mengeluarkan perkataan tidak mengikut syariat agama islam.

Anonymous said...

Mungkin kamu tk tahu baca kot. Dan buat pekak dgn perkara sebenar Yg 1mdb difitnah!
Inilah org potih kata.. Kalau tipu itu diulang. .. Ianya menjadi benar.. anda adalah 1 contohnya..

 
Blogger Templates