Bagaimanapun, beberapa kesatuan sekerja terutama sekali NUFAM yang tidak diiktiraf oleh MAS, kuat menentang. Ogos tahun lepas, MAS telah memberitahu tentang pemberhentian 6000 orang kakitangan dalam penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu. Para pemimpin kesatuan dalam MAS, tidak berbuat apa-apa, sebaliknya bersikap seperti kaum pembangkang yang hanya menunggu isu untuk diletupkan dan dibisingkan.
Sama seperti pepatah, keling kapal karam!!!
Bising dan terus bising tetapi tidak mencari alternatif kepada 6000 orang kakitangan yang bakal dibuang. Malah mereka terus memaksa-maksa agar MAS yang berada dalam keadaan tenat, tetap juga menyerap dan menerima kakitangan tersebut sekalipun pada masa yang sama, pengurusan tertinggi dan Khazanah telah memaklumkan tentang penstrukturan.
Masalah utama yang melibatkan MAS adalah lebihan tenaga kerja dalam semua sektor. Malahan eksekutif MAS dan bahagian perjawatan pada peringkat pengurus juga cukup ramai.
Dalam trend di mana syarikat-syarikat penerbangan nasional di seluruh dunia menghadapi kesuraman pasaran dan pulangan, MAS dilihat masih berusaha untuk mengekalkan kakitangan terbabit walaupun pada masa yang sama, perbelanjaan pengurusan juga meningkat saban tahun. Walaupun ada beberapa penerbangan nasional di beberapa buah negara terpaksa menghentikan operasi kerana kerugian sangat besar, MAS yang mulai rugi kerana program penswastaan pada tahun 80-an, terus bertahan.
Namun walau bertahan bagaimana sekalipun, kerugian yang diakibatkan daripada pelbagai faktor, akhirnya tetap berbalik kepada para pekerja. Kesatuan-kesatuan sekerja yang kerja mereka sekadar memekak dengan berselindung di sebalik kebajikan pekerja, sekadar memekak tanpa sebarang usaha untuk memberikan bantuan kepada ahli-ahli apabila tindakan pembuangan kerja dibuat oleh MAS.
Itulah yang berlaku sekarang.
Agak beruntung juga apabila dua buah syarikat penerbangan di negara ini iaitu Air Asia dan Malindo mahu mengambil bekas-bekas pekerja MAS itu terutama sekali kakitangan kabin yang diperakui sebagai cukup terlatih dan berwibawa.
Namun yang pastinya, dalam pengambilan tersebut, pastinya juga turut melibatkan ahli-ahli kesatuan yang kuat memekak dan membuat pelbagai tuntutan serta kerenah. Maka, adakah dengan pengambilan bekas kakitangan MAS itu, bakal membuatkan kesatuan-kesatuan seperti NUFAM muncul di Malindo dan Air Asia yang berorientasikan keuntungan sepenuhnya?
Kalau itulah yang berlaku, alamatnya tidak lama lagi bankrap jugalah Air Asia dan Malindo. Malah tidak mustahil juga Air Asia dan Malindo terpaksa membuang pekerja secara beramai-ramai sepertimana tindakan yang diambil oleh pengurusan MAS.
Kesatuan sekerja memang perlu wujud tetapi apabila terlalu banyak kesatuan sekerja dan kesatuan-kesatuan itu pula tersangat aktif berpolitik di dalam syarikat, akhirnya production dan operasi akan merudum sepertimana yang berlaku dalam MAS.
Apatah lagi jikalau wujud pula budaya dalam MAS yang dipenuhi oleh eksekutif dan orang politik yang menuntut pelbagai keistimewaan untuk mereka....
BACA DI SINI juga untuk lebih faham.
1 comment:
Kesatuan bongok....
Post a Comment