Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 16, 2015

SELEPAS MENJADI PENGERUSI EKSEKUTIF PROTON, TUN MAHATHIR JANJIKAN PERUBAHAN BESAR KEPADA PROTON!!!



Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan membuat perubahan besar terhadap Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

Mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Eksekutif Proton Holding Berhad membuat janji itu selepas Proton menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan syarikat automotif Jepun, Suzuki Motor Corporation pada Isnin.

Katanya, beliau akan memastikan perjanjian itu akan membuahkan hasil besar kepada Proton.

“Saya kini yang bertanggungjawab, sebabnya saya kini Pengerusi Eksekutif. Saya akan jadikan ia sebagai suatu kenyataan,” katanya dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk kerja sama yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Proton sebelum ini telah mengadakan perjanjian dengan syarikat automotif Jepun, Mitsubishi dan Honda namun hasilnya kurang memberangsangkan dan menjejaskan keuntungan syarikat pengeluar kereta nasional itu. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates