Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 14, 2015

TAK KENA SUNGGUH BILA GRUP PRO-MAHATHIR TERLALAK-LALAK TENTANG KENAIKAN TOL LEBUHRAYA DAN SALAHKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Berita tentang kenaikan kadar tol menjadi begitu viral, mengundang seribu satu macam reaksi dan mencetuskan idea-idea pelik untuk menghentam kerajaan terutama daripada golongan yang sekarang ini sedang sibuk berusaha untuk mendedahkan KEBURUKAN KERAJAAN DI BAWAH NAJIB ABDUL RAZAK. 

Namun tahukah anda, semenjak 2007, Kerajaan Najib Abdul Razak, tidak menaikkan kadar tol di kesemua lebuhraya kecuali di Johor Causeway. Bagaimanapun, kenaikan kadar tol di Johor bukan disebabkan oleh konsesi tetapi untuk membalas perbuatan Singapura yang menaikkan kadar Permit Kemasukan Kenderaan ke atas kenderaan-kenderaan Malaysia ke negara tersebut.

Kadar tol merupakan isu yang cukup sensitif di Malaysia memandangkan hampir kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku susah, memiliki kereta atau kenderan bermotor. 

Tuduhan kononnya kerajaan memerlukan kenaikan kadar tol untuk menampung hutang setelah GST tidak mampu memberikan pulangan pantas, sedang berleluasa sekarang ini.  

Seharusnya, laporan tentang 16 lebuhraya bertol itu perlu juga membabitkan tahun bila konsesi itu ditandatangani atau dimulakan. 

Ramai yang kurang sedar atau barangkali juga terlupa, 16 lebuhraya bertol itu yang pemegang konsesinya berusaha untuk meningkatkan kadar tol, mempunyai tempoh konsesis dan persetujuan untuk menaikkan kadar tol semasa zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Manakala kerajaan-kerajaan selepas Tun Dr. Mahathir TERPAKSA dan PERLU untuk mengikuti atau akur dengan kontrak konsesi tersebut. 

Najib yang mengambilalih pentadbiran daripada Abdullah Badawi sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali terpaksa akur dengan perjanjian lebuhraya yang telah wujud lebih awal berbanding tempoh dia menjadi Perdana Menteri. Kegagalan menaikkan kadar tol lebuhraya, akan ditanggung oleh kerajaan menerusi gantirugi kepada syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang konsesi. 

Dek kerana itulah, dari tahun 2007, tiada kadar kenaikan tol dikenakan oleh Kerajaan Najib. Malahan Kerajaan Najib telah memberikan subsidi tol kepada kontraktor tol swasta dan berunding dengan mereka. 

Sesuatu yang sangat tidak menarik yang dilakukan oleh Kerajaan Najib Abdul Razak adalah apabila mengambil langkah terbesar dengan mengambilalih Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada tahun 2011. PLUS kini milik Kementerian Kewangan (51%) dan KWSP (49%). Pada tahun 2012, Kerajaan Najib Abdul Razak telah merundingkan semula kadar tol PLUS dan sehingga kini, tiada sebarang peningkatan kadar tol PLUS berbanding sebelum diambilalih oleh Kerajaan. 

Disebabkan itulah, PLUS tidak tersenarai dalam senarai 16 lebuhraya yang kadar tolnya mungkin akan ditingkatkan. 

Bagaimanapun, perlu juga diketahui bahawa sehingga kini TIADA SEBARANG KEPUTUSAN dibuat sama ada membenarkan TUNTUTAN SYARIKAT KONSESI LEBUHRAYA untuk menaikkan kadar tol di kesemua 16 lebuhraya tersebut atau sebaliknya walaupun cadangan dan tuntutan syarikat-syarikat serta pemegang-pemegang konsesi tersebut telah dihantar kepada Kabinet untuk diputuskan.  

Tuduhan atau sindiran tentang kenaikan tol ke atas Najib sebenarnya lebih terarah kepada Tun Dr. Mahathir sendiri, memandangkan Kerajaan Najib hanya mewarisi legasi lebuhraya ini. Najib pada 6 tahun pertama pentadbirannya telah pun melakukan usaha meringankan bebanan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol, malah turut membeli kembali lebuhraya PLUS yang merupakan nadi utama pembangunan dan ekonomi Semenanjung Malaysia.

Konsep lebuhraya bertol sebenarnya baik kerana ia mempercepatkan kewujudan lebuhraya di Malaysia tanpa bergantung kepada peruntukan perbendaharaan negara. Lebih banyak lebuhraya yang boleh dibina dalam tempoh yang singkat. Namun ada pihak yang sudah diserapi perasaan tamak haloba, mencari-cari isu untuk dibangkitkan dengan pada masa yang sama, menyembunyikan pula fakta yang lain.

Namun apabila ianya dipolitikkan dan kenaikan kadar tol dipolitikkan dengan SENGAJA PADA PEMBOHONGAN dibuat, ia jelas menunjukkan wujudnya sifat tidak bertanggungjawab walaupun alasan yang diberikan pada perbuatan seperti itu adalah untuk menyelamatkan negara. 

Tidak adil untuk menyalahkan Kerajaan Najib Abdul Razak bagi masalah, perjanjian dan persetujuan serta kontrak konsesi yang bermula jauh lebih awal daripada tempoh dia dilantik sebagai Perdana Menteri.

9 comments:

Anonymous said...

betul tidak adil Najib di persalahkan. tapi boleh bagi tau apa dia boleh buat? tak kan tak de OTAK dan DAYA USAHA menggunakan peruntukan negara 1billion utk dpt kan penasihat bukan kerajaan YANG SANGAT BIJAK.
kalau setakat teruskan usaha yg dikatakan tidak berfaedah dan salah kerajaan sebelumnya, MAKA LEBIH BAIK NAJIB BERHENTI DAN BAWAK BALIK KERAJAAN SEBELUMNYA supaya boleh di baiki. kerajaan sebelumnya masih ada lagi idea utk kurangkan toll. NAJIB ADA KE???

Anonymous said...

Sebab tu laa org ckp najib bodoh.bende kecik macam ni pun xboleh settle.ambik alih ipp boleh pulak.kalo dah bodoh mmg xkemana.

Anonymous said...

Nampak ketara usaha nak jatuhkan najib. Segala usaha najib hendak dipertikaikan walhal sebelum ini tidak menjadi isu.

Anonymous said...

Bodoh. Zaman tu semua barang tak adalah semahal sekarang. Minyak pun ada subsidi, GST pun tak ada. Kalau tak ada otak jangan cepat buat kesimpulan. Nampak kebodohannya, kalau tak ada PLUS highway, boleh bayangkan macamana keadaannya. Malaslah layan puak bodoh yang banyak sangat berguru dengan Ahmad Maslan ni. Yang dok risau pasal Tun M tu apahal, dia bukan ada parti pun, tak ingin jadi PM pun. Ramai rakyat dah ada otak dan kebetulan idea Tun M nampak cerdik sikit saja.

Anonymous said...

Inilah masanya untuk mengunakan hasil kutipan GST bagi menampong kadar kenaikan tol. Barulah rakyat nampak akan kebaikan GST dan tahu kemana wang itu disalurkan

Anonymous said...

bodoh betul laa team najib & mahathir ni...gaduh kuat2 kalau boleh sampai PRU...

Anonymous said...

Kecewa dgn pemimpin dan bekas pemimpin. Semuanya berakhir dengan membuka pekong di dada dan jadi bahan ketawa musuh.

Anonymous said...

Ini Blog Macam TAIK!!

Najib pulak memang BODOH lagi SOMBONG!!!

Dengar lah nasohat dari orang yang berpengalaman lagi Bijak saperti Tun!!!

Hancur Negara dan Bangsa!!!

Rizal Zainal said...

Yg kt atas ni semua pndai2 ! Yg lps tgn sekarang adalh orng yg luluskn konsesi tol tersebut , harga barang dulu murah ? Tp msa tu gaji kt berapa plk , berapa ramai yg mmiliki kereta , berapa ramai yg ada handfone ,

 
Blogger Templates