Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 25, 2015

TERESA KOK KALAH DALAM RAYUANNYA BERHUBUNG KES HASUTAN TAHUN BARU CINA!!!



Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung video klip yang disiarkannya sempena Tahun Baharu Cina, hari ini gagal dalam rayuan supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Kamardin Hashim yang menolak rayuannya berhubung isu undang-undang supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kamardin memutuskan Mahkamah Sesyen cukup kompeten untuk mendengar kes itu.

"Kalau perbicaraan dimulakan di Mahkamah Sesyen, keputusan masih boleh dirayu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana kedua-dua mahkamah ini kompeten untuk memutuskan isu undang-undang," katanya.

Hakim itu berkata, pihak pendakwa raya mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim itu juga memutuskan permohonan Kok itu tidak mempunyai merit.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Norsharidah Awang menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes Kok, selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Kok, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu pada minggu depan.

Pada 6 Mei tahun lepas, Kok yang juga Anggota Parlimen Seputeh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerbitkan satu klip video menghasut bertajuk Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014 yang disiarkan sempena Tahun Baharu Cina pada Februari, 2014.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan melalui laman web http://www.youtube.com/ di alamat 90-02-07 Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar di sini kira-kira pukul 9 pagi, 1 Feb 2014.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

the largest pig farm in asia at tanjung sepat, selangor permission.........

Anonymous said...

first permission...........

 
Blogger Templates