Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 18, 2015

TERIMALAH HAKIKAT, PELANCONGAN MALAYSIA MEMANG TERUK PENGENDALIAN DAN PENGURUSANNYA, ITU PASALLAH MENCATATKAN PENURUNAN!!!



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di Parlimen yang antara lain bagi membincangkan cadangan 'quick wins' atau pemangkin jangka pendek bagi menangani penurunan ketibaan pelancong.

Mesyuarat itu juga bertujuan memaklumkan prestasi pelaksanaan Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015), stategik pelaksanaannya bagi menangani penurunan ketibaan pelancong sebanyak 8.6 peratus yang dicatatkan bagi suku pertama tahun ini.

Mesyuarat tertutup itu turut dihadiri antaranya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, antara strategi pelancongan 'quick wins' yang dibincangkan ialah meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa, misi galakan taktikal bersama penggiat industri Malaysia di negara-negara tertentu serta meningkatkan promosi melalui pemasaran digital.

Ia juga melibatkan penganjuran Malaysia Educational Seminar for Foreign Media, pengecualian visa bagi pelancong China dan meningkatkan usahasama promosi di negara itu antara kementerian dan agensi.

"Tahun Melawat Malaysia 2014 merupakan tahun yang paling mencabar bagi industri pelancongan negara dengan beberapa insiden seperti tragedi MH370, MH17, berita nahas pesawat Air Asia QZ8501, isu penculikan dan keselamatan perairan Sabah serta kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun kenyataan itu menyebut, industri pelancongan negara kekal berdaya tahan dan menunjukkan peningkatan yang positif walaupun negara berdepan pelbagai cabaran.

Ia menyatakan sebanyak 27.4 juta pelancong asing dicatatkan pada 2014 berbanding 25.7 juta bagi tahun 2013, iaitu pertumbuhan sebanyak 6.7 peratus.

Pendapatan pelancongan mencatat pertumbuhan 10 peratus iaitu RM72 bilion berbanding 65.4 bilion pada tahun sebelumnya.

"Berdasarkan laporan Barometer World Tourism Organization (UNWTO), Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-13 bagi tahun 2014 dari segi pendapatan pelancongan antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Dari segi ketibaan pelancong antarabangsa, Malaysia berada di tangga ke-12 pada 2014.

-- BERNAMA


2 comments:

Anonymous said...

Sdra ,mohon masuk Surat ini Kpd WEE CHOO KEONG
Masih Cerah dan berharapan tinggi Pelancungan tidak terjejas:

a.Ringgit jatuh dan makin jatuh bandingan dengan USD.
1.Inbound traffic verry Cheeep.
2.Outbound verrry Expensive,tapi bagi orang banyak funding gomen,glc,Pension funds,scolarship gomen, tiada masalah.
Maka tak payah kerja kuat sangat kempen PRC,India,Singapo,Vietnam,Indon,Cambodia,negeri Arab,Thailand,Nepal,Philipines,Myanmar,India,Bangladesh,Nigeria,Iran punya tourist dan pseudo tourist , mereka akan datang dengan sendiri tanpa kempen(jimat sikit belanja).
Expatriates sudah lama suka lawat dan tinggal di Malaysia,di Cyberjaya,Bukit Kiara,penang,KLCC,Terengganu,Iskandar, Johor Bharu.
Makanana dan minuman beraneka satu dunia, sangat murah dan kemeriahan keraiana sangggat sentiasa ada sepanjang tahun-- endless festivals .
Sebenar nya kalau tak ada tourism ministry pun dah ok, 28 million visitors adalah hasil daripada Usaha usaha bujet kementerian luar,PMO lawat Battersbee,Seri Setia,LTAT,KWAP,KWP,LUTH,FGV,CIMB,Celcom, SIR Toneee Fernadeze Caterhama Queen Park Rangers air Asia X,Airbus Best Customer(tompang),Datuk Bandar London Lawat Kuala Lumpur, 2 pesawat MH,Harimau Malaysia,datuk Lee Chong way,Kinabalu,Namewee ,Alvin, Gangnam AYAM4U..
Semua nya telah menglejenkan Malaysia:Kazakstan,korea,,kawan setiakawan Austolia.
Ya,malaysia terkenal dan lejen.
Kalau tidak kenapa ada 3 juta pekerja asing dan 1 juta pati.Berapa ratus Chef Chef luar negara dah jadi mewah, buka restoran Italian pizza spahgetti ,curry house,sushie,pork chops,iran kedai makan bimbap korean KPOP.Tarikan terlalu mudah murah dan meriah--Malaysia-- endless possiblilities endless festivals truly asia.
Cuma saya minta satu atau dua aje:
a. VISA tak bolih mansuh.MATTA menangis.
b. Immigresen pasti kan usir siapa saja yang tak hormat undang syarat lawatan,jangan simpan jat depot.
c. Welcome, as long as U behave .PRC pun dah guideline kapada rakyat nya yang melancung.
d.Single women policy,especially PRC,PRC,VIETNAM ,Middle east,Thailand,PRC.
e. Kalau nak belanja bujet, biar beli komputer software untuk kesan overstayers.
Tak mahal.
adalagi.
arjuna waspada
changkat lobak.

Ted Manoff said...

Wow...wow. ..terror LA changkat lobak..tak buat pertandingan rebana ke? Lawan changkat lada, changkat seleman sungkai. .

 
Blogger Templates