Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 30, 2015

TIGA GURU LELAKI IKAT DAN BELASAH MURID PEREMPUAN ORANG ASLI BERUSIA 10 TAHUN DI KUALA BETIS!!!



Belum reda panas kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun didera dan dizalimi oleh ibu tirinya sehingga patah tulang belakang, muncul pula berita tentang seorang kanak-kanak Orang Asli diikat, dan dibelasah oleh tiga orang guru lelaki kerana dituduh mencuri.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis pada 15 Jun lalu. Dan perkara itu tersiar dalam laman Facebook Centre for Orang Asli Concerns's (COAC).

Murid Tahun 4, Siti Nur Azdilia, telah diikat dan dibelasah oleh tiga orang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Saki, Cikgu Arif dan Cikgu Salib pada 15 Jun. Menurut ibu saudara mangsa, 'wajah dan tangannya lebam, manakala pahanya telah ditendang oleh guru-guru itu.'

Ekoran penderaan tersebut, Siti telah dibawa ke hospital kerajaan di mana doktor yang merawatnya telah merakamkan gambar-gambar kecederaan yang ditanggungnya dan berkata, laporan akan disediakan selepas laporan polis dibuat.

Nenek murid perempuan itu, Andak, pada mulanya enggan membuat laporan polis memandangkan mereka tinggal jauh dari perkampungan utama. Bagaimanapun selepas dia membuat laporan polis pada 27 Jun, rakan salah seorang guru-guru itu, Cikgu Ali, melakukan ziarah bersama-sama keluarganya dalam usaha untuk mempengaruhi Andak untuk menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Individu tersebut turut menerangkan yang dia mempunyai hubungan dengan polis dan Anda akan berhadapan dengan masalah bagi mendapatkan keadilan untuk Siti memandangkan dia mendakwa mempunyai bukti-bukti kukuh tentang perbuatan Siti.

Andak juga telah dilawati oleh guru besar dan beberapa orang guru bagi memaksanya untuk menarik kembali laporan polis yang dibuat.

Nenek tua itu bagaimanapun, agak beruntung kerana mendapat sokongan daripada komunitinya, di mana ramai daripada mereka berasakan 'guru-guru tersebut telah berpakat untuk menganiayai seorang kanak-kanak dan tidak sepatutnya dibenarkan mengajar di sekolah'.

"Walau apa pun alasan yang mereka berikan, mereka tidak boleh menghalalkan perbuatan tersebut. Pihak sekolah juga tidak sepatutnya melindungi guru-guru seperti itu."

Seorang peguam tempatan, Siti Zainah merayu bagi mendapatkan kepastian kes Siti akan dipandang serius oleh pendakwaraya. Selain itu, serangan tersebut turut dilaporkan secara lisan kepada SUHAKAM dan Jabatan Orang Asli (JOAS).


No comments:

 
Blogger Templates