Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, June 26, 2015

WAN AZIZAH BUAT LAPORAN QAZAF KE ATAS SHAFEE ABDULLAH BAGI PIHAK ANWAR IBRAHIM!!!



Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan terbuka fitnah liwat terhadap Anwar.

Ia dibuat isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat.

Dalam laporan yang dibuat, beliau menggesa kenyataan terbuka Shafee disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


“Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) memerlukan maklumat lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di Lobi Pejabat JAIS.

Azizah menjelaskan, pada 17 Februari lalu, Shafee dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Jaya telah memfitnah secara terbuka bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi seperti mana yang diwajibkan undang-undang.


“Laporan ini dibuat demi menegakkan keadilan dan hak Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Anwar.

“Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama’ termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah Qazaf,” katanya lagi.

Sementara itu, Peguam Anwar, Fadhlina Sidek berkata laporan dibuat melalui keluarga atau wakil Anwar mengikut arahan JAIS memandangkan Anwar tidak boleh keluar penjara untuk tujuan itu. (SUMBER)


6 comments:

Ted Manoff said...

Kat shafiee sorang saja ka? Adil kah? Bagaimana dengan jutaan orang lain yg perchaya SONDOLAN berlaku..ini dakwaan berpilih. .tak Islamic langsung dah tu sembang pasal Qazaf

Anonymous said...

stand upx2, stand up for your right...........do not fear....

Anonymous said...

https://www.youtube.com/watch? v=3zbbblfDs34

Anonymous said...

wake up&hungry tiger are different from sleepy&slumber tiger....

Anonymous said...

Tak nak sokong hudud tapi bila kena kat laki datuk peliwat tu,guna pulak hukum hudud apa cerita ni?,penin penin ,nilah keluarga dan ahli pemimpin kartun di akhir zaman ,bila ada kepentingan diri dan keluarga buat hukum .begini....bila tak mendatangkan faedah guna hukum yang begitu.celaru betulah ....ni pemimpin gila .........dan meroyan ke apa?

tapirlaut said...

Setuju

 
Blogger Templates