Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 24, 2015

ADA PUAK YANG MENARI GEMBIRA KERANA POLIS THAILAND TIDAK BENARKAN KETUA POLIS NEGARA BERJUMPA XAVIER JUSTO!!!



Polis Thailand menolak permohonan Malaysia buat kali yang kedua untuk menyoal siasat bekas kakitangan PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Ketua Polis Thailand, Somyot Poompunmuang telah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan saluran yang betul iaitu menggunakan saluran Kementerian Luar dan pejabat Jabatan Peguam Negara sekiranya hendak berbuat demikian.

Ini kerana, kata Somyot, Justo bukanlah warga negara Malaysia yang boleh disoal siasat secara terbuka, lapor Bangkok Post.

Ketua Polis Thailand itu sekali lagi mengulangi bahawa Malaysia tidak dibenarkan menyiasat lelaki itu dan mengingatkan Abdul Khalid siasatan polis Thailand ke atas Justo masih belum selesai.

Justo, 49, dituduh membekalkan maklumat kepada Sawarak Report, yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahgunakan dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Najib adalah Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB.

Pertemuan pihak berkuasa Malaysia dengan Thailand pada Khamis merupakan kali yang kedua dalam tempoh seminggu untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada Justo selepas dia ditahan di rumahnya di Koh Samui pada 22 Jun lalu.

Pada 16 Julai lepas, diplomat dan polis yang berpangkalan di Kedutaan Malaysia di Bangkok telah menemui Samyot, juga diberikan jawapan yang sama. (SUMBER)


No comments:

 
Blogger Templates