Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 23, 2015

GERTAKAN MENGGUNAKAN PEGUAM UNTUK MEMBEBASKAN TONY PUA DAN PENGKHIANAT LAIN, TELAH PUN BERMULA!!!



DAP tidak pernah menghormati undang-undang dan entiti berkuasa di negara itu.

Itu adalah hakikatnya!

Itulah sebabnya, mereka awal-awal lagi telah pengaruhi Majlis Peguam dan menjadikan Majlis Peguam sebagai salah satu senjata mereka untuk membuktikan yang undang-undang boleh dipermainkan sesuka hati.

Gobind Singh Deo sebagai peguam Tony Pua secara terbuka bertanya dengan nada menggertak, siapa yang telah mengeluarkan arahan agar Tony Pua dihalang daripada melarikan diri dari negara ini. (RUJUK SINI)

Ambiga Sreevenasan pula telah berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang dan saman ke atas Kerajaan Malaysia sekiranya dia tidak dibenarkan meninggalkan negara ini atau perjalanannya ke luar negara disekat.

Rafizi Ramli juga menyatakan perkara yang sama. Begitu juga Hishamuddin Rais, Tong Koii Ong dan mereka yang terlibat dalam cubaan menggulingkan kerajaan secara tidak sah dan tidak mengikut jalur demokratik.

Penyalahgunaan undang-undang telah diamalkan secara meluas di kalangan DAP dan PKR untuk mereka melepaskan diri daripada pelbagai onar dan ulah yang mereka lakukan. Gertakan menggunakan nama-nama peguam dan Majlis Peguam juga, menyaksikan banyak kes disenyapkan begitu sahaja seperti dalam kes Lahad Datu dan rahsia keselamatan serta persenjataan ATM.

Apakah kali ini juga, golongan yang bernama peguam berjaya sekali lagi walaupun undang-undang amat jelas, ditambah pula dengan sokongan daripada golongan yang mengadili kes-kes yang lebih berpihak kepada Pembangkang dalam mahkamah Malaysia?

Bukankah golongan ini jugalah yang cukup hebat menentang semua jenis akta pencegahan terutama sekali ISA dan Akta Hasutan bagi membolehkan mereka berkuasa sepenuhnya?


4 comments:

Anonymous said...

Majlis peguam yg baru yg lebih profesional dan boleh dipercayai hendaklah ditubuhkan bagi menggantikan Majlis sedia ada yg x boleh dipercayai lagi malah sering berbohong.

Anonymous said...

esok kita boleh tahu la siapa yg tak de teloq, tapinselalunya muka yang sama juga la...bak kata orang anjing menyalak takkan mengigit, begitulah juga amaran2 yang sungguh menakutkan dr kpn

Ted Manoff said...

Bagi TS Shafiee jadi AG. Beres

Anonymous said...

Ya sokong 100% TEd ,tukar AG baru ,TS SHafeei paling layak.semoga Pm najib atau sesiapa yng rapat dgn PM kita ,bila baca kenyataan ini tolong sampaikan pesanan ini .Demi agama ,negarandan kelangsungan survival bangsa Melayu ,tolong dengar luahan hati penyokong dari akar umbi ni.

 
Blogger Templates