Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 7, 2015

HOSPITAL KERAJAAN CURI BUAH PINGGANG.... ALAHAI, BODOHNYA MAMAT NIH!!!



Ok...ini satu lagi tuduhan dan salah faham yang berlegar di dalam pemikiran rakyat yang perlu diperbetulkan.

Saya telah ditag oleh sahabat saya ke dalam posting sebuah page yang memaparkan ttg Yazid pemain drum lagenda kumpulan rock Search yg kini menderita sakit buah pinggang. Beliau merayu agar ada yg sudi menderma buah pinggang utk beliau.

Maka adalah beberapa individu yg komen di sana yg menzahirkan kemarahan kerana hospital kerajaan tidak menyediakan buah pinggang utk Yazid. Mcm biasa terselitlah makian terhadap PM dan isteri.

Tuduhan2 dangkal dan bersifat menuduh dilemparkan bagi menggambarkan bahawa:
(Rujuk gambar)

1. Hospital kerajaan mencuri buah pinggang pesakit.

2. Hospital kerajaan boleh meniagakan/menjual beli buah pinggang yang dicuri.

3. Ada stok buah pinggang di hospital, boleh pilih2 saiz dan warna mcm pilih sayur kat pasar.

4. Apabila berlaku bedah siasat ke atas mayat, organ2 dalaman mayat akan dicuri dan diganti dengan kapas.

Sebenarnya apabila membaca tulisan mamat tu, saya cuma geli hati sambil terfikir betapa tolol dan bersangka buruknya mamat ini ke atas hospital kerajaan. Saya ingin mengabaikan tetapi bimbang juga jika ada yg percaya mitosnya itu.


Ingin saya jelaskan di sini bahawa....

1. Apabila berlaku kematian, mayat pesakit tidak akan diambil organ darinya melainkan mendapat persetujuan ahli keluarga.
Hatta jika si mati adalah penderma organ yg berdaftar sekalipun, organ2 beliau tidak boleh diambil jika waris masih tidak membenarkan. Oleh itu tuduhan bahawa hospital kerajaan mencuri buah pinggang adalah tidak benar.

2. Tidak ada urusan perniagaan jual beli melibatkan organ yg berlaku di hospital kerajaan. Jika ada penderma dan penerima yang serasi maka pemindahan organ boleh dilakukan setelah mendapat keizinan penderma dan penerima. Mana brader ni dapat idea ada business jual organ ni saya pun hairan. Maybe dia ingat organ ini adalah sejenis kuih raya yang dijual di Mydin.

3. Semasa bedah siasat/post mortem ke atas mayat, mayat akan dijaga kehormatannya dan tidak ada satu organ pun yg akan dituai sewenang2nya dan diganti dgn sumbatan kapas. Perkara ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan satu fitnah ke atas perkhidmatan forensik.

Saya menyeru kepada masyarakat awam agar berhenti mempercayai perkara2 tahyul dan khurafat seperti ini.

Cukuplah kita percaya kepada beberapa projek pembodohan nasional seperti 16 September we have the numbers, 40K bangla mengundi serta segala fitnah ke atas DS Najib dan Rosmah sebagai koleksi dosa utk dijadikan saham di kemudian hari. (sumber)


6 comments:

Anonymous said...

nak buat mcm mana..setakat itu je kebolehannya berfikir..
kalau dah bodoh sgt pun janganlah tunjuk pada orang..malu diri sendiri je..
dah memang bodoh tak boleh diajar..inilah hasilnya

nanti dia sakit pun..salah najib n rosmah jg..

Anonymous said...

Mereka ni suma "pemurah" agaknya pahala puasa sebulan dan sunat terawih tiap-tiap malam semua dapat kat kak Rosmah. Untung isteri Najib dapat pahala "ihsan" dari orang yang mengumpat dia sepanjang masa.

Basar said...

Sokong

Anonymous said...

Malas nk komen byk. Manusia yg menuduh tu la cth penyokong pembangkang yg otak tak bole repair lagi. Kes write off dia org ni.

Anonymous said...

Memang bodoh sebodoh-bodohnya. Balik Indialah dan apply PR.

Anonymous said...

banyak sgt tgk crita fantasi mcm tu la jdnya...

 
Blogger Templates