Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, July 3, 2015

ISU MARA: DAP MENANG LAGI MENERUSI TINDAKAN KALUT GANTUNG PENGERUSI DAN CEO MARA INC.?



Ada macam sesuatu yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia. Beberapa kekalutan di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng, terutama sekali desakan agar Lim Guan menjawab tentang kehilangan lebih RM350 juta atas nama feasility study dan kaitan dengan fund-manager di Hong Kong, secara tiba-tiba hilang apabila DAP dengan bantuan Rafizi Ramli mencungkil tentang MARA dan pembelian aset-aset pada kadar harga tinggi, selain tuduhan mereka, syarikat-syarikat diwujudkan untuk mengganyang wang orang Melayu dalam MARA.

Umum mengetahui kebencian dan iltizam DAP untuk menghapuskan MARA yang bagi mereka hanya membantu Melayu-Bumiputera dan langsung tidak bermanfaat kepada kaum bukan Melayu-Bumiputera.

Pembelian beberapa aset di Australia dan London, cuba dijadikan sebagai isu rasuah dan penyelewengan. Mereka cuba menjadikan pembelian tersebut sebagai pembelian atas angin dan pembelian kerugian walaupun hakikatnya aset-aset tersebut benar-benar wujud dan terletak di kawasan yang berharga tinggi.

Penggantungan Pengerusi dan CEO Mara Inc. yang dibuat oleh Pengerusi MARA, agak menarik kerana tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada bertujuan untuk menunjukkan MARA lebih telus dan bersedia untuk disiasat.

Sementara itu, MARA dilaporkan tidak berpuas hati dengan kesimpulan yang dibuat oleh PDRM bahawa tiada sebarang unsur-unsur rasuah yang berlaku dalam transaksi berkenaan.

Pembabitan TV3 dalam isu ini menerusi pembesaran isu yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli dan DAP juga semakin menarik. Apatah lagi dengan penggunaan SHELL COMPANY yang sebenarnya merupakan ambilan langsung daripada tuduhan Rafizi Ramli tanpa mengambil kira cerita sebenar MARA.

Dan apabila TV3 kelihatan bersungguh-sungguh mahu memusnahkan MARA dengan laporan-laporan itu, sama seperti mereka bersungguh-sungguh melaporkan tentang pembalakan dan pencerobohan haram Bukit Cerakah pada penghujung pentadbiran Khir Toyo dahulu, sudah pastilah, ada tangan-tangan ghaib yang sedang cuba bermain politik untuk menakutkan seseorang di dalam MARA.

Selain daripada tuduhan melakukan pembelian aset pada kadar harga yang lebih dan mempunyai unsur-unsur rasuah serta penyelewengan, apa sebenarnya yang sedang berlaku? Mengapa Annuar Musa kelihatan amat kalut untuk menggantung tugas CEO dan Pengerusi MARA INC. tanpa merujuk kepada Kabinet terlebih dahulu?

Bagaimana pula pembelian secara lebih harga itu boleh melepasi tapisan Majlis MARA, Pengerusi, KKLW, Menteri KKLW, Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan? Seandainya terdapat unsur-unsur rasuah, berapakah nilai rasuah yang diterima bagi setiap lapisan tersebut sebelum transaksi dibuat?

Atau sebenarnya ia melibatkan broker yang mengaut keuntungan berlebihan?

Pelbagai persoalan boleh ditanya... lebih-lebih lagi tindakan Pengerusi MARA menggantung tugas CEO dan Pengerusi MARA Inc. yang merupakan investment arm MARA yang cukup berjaya sebelum ini yang dibuat secara tergesa-gesa....

BACA JUGA THE UNSPINNERS


1 comment:

Ted Manoff said...

Sapa yang kalut2 tu ada le benda nak cover...

 
Blogger Templates