Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 15, 2015

JIRAN YANG ANJINGNYA MENGGIGIT DAN MENYERANG BAYI BERUSIA 1 TAHUN 6 BULAN MINTA MAAF DI MELAKA!!!



Seorang bayi lelaki berusia 1 tahun 6 bulan cedera parah di kedua-dua kakinya akibat digigit anjing di Taman Kesang Damai, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 6 petang Sabtu lalu, apabila mangsa, Muhammad Aimanshah Iskandar Saiful bukan sahaja digigit, malah diheret anjing yang dibela jiran hampir 20 meter dari berdekatan pagar rumah sehingga ke tebing padang bola.

Jiran mangsa, Ayuna Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian, dia sedang menyapu di serambi rumah dan melihat anjing itu dipegang tuannya.

Bagaimanapun, katanya, selepas dia masuk semula ke dalam rumah, dia terdengar dua orang kanak-kanak menjerit memanggil pemilik haiwan berkenaan.

“Saya dengar 'uncle..uncle..'. Tak sedap hati, saya keluar dan pergi ke depan rumah. Saya hanya nampak ekor anjing di padang berbukit itu.

“Kebetulan pula jiran sebelah juga tak sedap hati pergi tengok selepas dengar budak menjerit. Sekali tengok, anjing tu tengah gigit dan kitai Aiman yang dah nampak lemah.

“Memang darah keluar banyak. Aiman pun cakap 'kit, kit..'. Mungkin cakap sakit," katanya yang kemudian bersama jirannya membawa bayi berkenaan ke Hospital Jasin.

Sementara itu, bapa bayi terbabit, Saiful Garib, 38, berkata, dia tekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu walaupun pemilik haiwan berkenaan sudah memohon maaf.

“Saya sudah membuat laporan polis dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) supaya tindakan tegas segera diambil kerana kejadian ini bukan kali pertama berlaku," katanya.

Menurutnya, semasa kejadian, dia bersama isteri, Farilah Zainal, 37, sedang berniaga di Taman Maju.

Manakala, anak bongsu dari lima beradik itu dijaga anak keduanya yang berusia 13 tahun.



Aiman masih trauma

Aiman yang mengalami kecederaan parah kini masih dirawat di Hospital Melaka (HM) dan menerima beberapa jahitan serta luka di pahanya sedalam tiga inci dan selebar lima inci.

Farilah yang ditemui di HM berkata, anaknya sering terperanjat ketika tidur dan trauma akibat kejadian itu.

“Kalau tidur Aiman selalu tersentak dan akan menangis kalau ditinggalkan," katanya yang dimaklumkan anaknya itu dijangka dibenarkan pulang dalam sehari dua ini.

Farilah berkata, dia mendapat tahu daripada jiran bahawa anjing itu dikeluarkan dari sangkar kerana hendak membuang air sebelum dilepaskan.

"Ini kejadian kali ketiga melibatkan haiwan yang sama. Awal tahun lalu seorang ustazah hampir digigit anjing itu semasa sedang joging," katanya.

Sementara itu, Adun Bemban, Datuk Ng Choon Koon berkata, MPJ sudah mengeluarkan kompaun terhadap pemilik anjing itu, manakala haiwan berkenaan sudah ditangkap dan dibawa ke Jabatan Veterinar, semalam.

“Saya anggap ini sebagai kes kecuaian pemilik anjing. Saya berharap insiden ini dijadikan iktibar kepada semua pemilik anjing agar tidak berulang, lebih-lebih lagi ia berlaku kepada mangsa yang masih kecil,” katanya.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Azlan Enjah berkata, anjing yang menyerang bayi itu merupakan kacukan tempatan dikenali sebagai Mongrel.

“Jabatan akan mengambil anjing ini untuk dipantau dalam tempoh dua minggu.

“Ia bagi memastikan sama ada anjing itu ada menunjukkan simptom penyakit anjing gila atau sebaliknya kerana dikhuatiri akan berjangkit kepada individu,” katanya.

MPJ juga dikatakan sudah mengenakan kompaun terhadap pemilik anjing di bawah undang-undang kecil pelesenan anjing. (SUMBER)


6 comments:

Anonymous said...

Nasib baik anak kecil tu tak terbunuh....SHOOT AND KILL THAT FUCKING DOG!!

Anjing2 lain belaan DAPIGS macam mana pulak?

Anonymous said...

Pemilik anjing memang cuai dan patut disaman kaw2 kerana kecederaan parah.

Anonymous said...

Kompaun je...what the fuck is this shit? Tuan dia buat apa, tak ikat ka? Bebal punya manusia...

Anonymous said...

masuk makamah, anjing tu tk bersalah sebab cina yang punya, emak bapak budak tu pula kena saman sebab tak jaga anak dia, ini yg selalu terjadi kat malaysia

Anonymous said...

Tulisan bawah ni bukan hendak fitnah atau nak cetuskan pergeseran kaum, tapi bila diamat-amati mcm ada sesuatu perancangan yg menyeluruh dan rapi dilakukan oleh dua kaum pendatang zaman british ni -

Bela anjing ni rasanya mcm telah ada satu konspirasi dikalangan dua kaum pendatang yg bongkak dan angkuh terhadap org Melayu utk mengusir org-org Melayu dari sesuatu tempat atau perumahan.

Kalau dulu tidak ramai mrk membela anjing tetapi skrg bertambah dgn mendadak. Yg menjadi tanda-tanya bila mrk membawa anjing ni berjalan-jalan tak kira masa lah, mrk akan memilih tempat spt didepan atau disimpang-simpang rumah org Melayu dan membiarkan anjing-anjing tersebut berak dan kencing disitu.

Mengapa mrk tak buat tempat berak anjing ni didepan rumah mrk? Tau pulak kotor dan busuk ...

Ted Manoff said...

Shoot and kill the Dapigs owner as his negligence tantamount to murder

 
Blogger Templates