Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 28, 2015

KENYATAAN BALAS MUHYIDDIN YASSIN BERHUBUNG PEMECATANNYA DARIPADA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI!!!



Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

27 Julai 2015


14 comments:

Anonymous said...

Ini baru betul pahlawan "Berani Kerana Benar" bukan macam setengah orang tu ngaku je pahlawan.

Umnodulu tidak loni said...

Aku Sokong kenyataan Muhyiddin. Bye UMNO.

tobeng said...

Ramai org2 Melayu akar umbi terutama yg menyokong umno sama pendirian dgn tsmy dan tun m.Apabila tsmy dipecat umno kehilangan sekurang2nya separuh sokongan drpd penyokong kerajaan yg mengundi BN dlm PRU lepas.Tiada apa2 lagi yg mahu dipertahankan lagi kerana org2 yg berani menentang kebathilan sudah ditendang keluar.Yang tinggal cuma yg mengutamakan jawatan,berkepentingan dan kaki kipas ahjib gor.

So agak2 BN boleh menang lagi ke dalam pru akan datang?Ramalan tun m dgn tsmy boleh pakai x?

Oh ya ghani patail kena tendang tiba2 pasal apa?Takkan tak nampak kot..

Anonymous said...

"Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha."

very true... 1MDB telah memburukkan nama UMNO. BN dan Malaysia.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. semangat inilah yg rakyat mahu.. bukan mcm yg sorang dulu tu.. lepas kena pecat.. ajak rakyat berdemo pulak..

Anonymous said...

Pd PRU13, banyak sekali undi rosak di negeri Johor. Maka pd PRU14 nanti UMNO bersedialah utk menerima lebih banyak undi rosak!
Najib yg kurang cerdik akan kehilangan undi fixed deposit dari Sabah krn tidak melantik Shafie Afdal sbg TPM.
Maka diramalkan BN akan kalah teruk dan Najib berpeluang utk menjadi Ketua Pembangkang yg terkaya di Malaysia. Orang Melayu semua akan mampus spt yg telah berlaku di Singapore.

Anonymous said...

A true leader after Tun M

Anonymous said...

Najib must go ... now.

HAMIDIsP said...

Pengundi atas pagar juga semakin jelas halatuju?

Anonymous said...

yang ada idea, yang bercakap senada rakyat kebanyakan, yang suarakan kebimbangan rakyat dipecat...nak kata bangang dia pm, dia da kuasa tuk buat semua tu tp bila buat keputusan mcm ni lg la rakyat rasa pm najib ni nak sembunyikan sesuatu dr rakyat. Muhyiddin yang bercakap senada rakyat dibuang..yang dipilih semua yang yes man type nye politician..bohong la kata berjuang untuk rakyat. klu betul berjuang utk rakyat apa saja yang rakyat gusar dan rakyat nak kan penyelesaian akan diuatamakan..itu yg muhyiddin ckp tp kena pecat. tunggu je la pru14, klu umno bn perintah lagi tak kisahla asalkan najib kalah....

mustafa8785 said...

kebenaran akan terungkai, bersabar semua.
bumi Allah swt umpama debu saiznya dibanding dengan seluruh alam semesta.
dimana nak sembunyi bila aib terbuka pada masa akan datang. maka amat malang keturunannya menanggung malu yg tiada penghujung.

Nadmin1979 said...

Inilah dunia politik. Skjp kita d atas, skjp kita d bwh. Yg lurus x kan kekal dlm politik. Semuanya dah terbukti. bdw, md said, my... pmimpin skrg x boleh d tegur skit, cpt sgt melentng. Bwkla bermesyuarah. Semua blh selesai punye.. 😢

Nadmin1979 said...

Inilah dunia politik. Skjp kita d atas, skjp kita d bwh. Yg lurus x kan kekal dlm politik. Semuanya dah terbukti. bdw, md said, my... pmimpin skrg x boleh d tegur skit, cpt sgt melentng. Bwkla bermesyuarah. Semua blh selesai punye.. 😢

Anonymous said...

Hmmm

 
Blogger Templates