Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 20, 2015

KEPALA BAPAK KAU LER, CHIN TONG... HISHAMUDDIN JULANG KERIS PUN, APA MASALAHNYA?


Antara perangai KEBABIAN DAP ialah, cukup anti dengan apa-apa sahaja yang bersangkutan dengan Melayu dan Bumiputera di negara ini!

Asalkan Melayu, tak kiralah mereka dari suku apa pun, walaupun mereka dikenali sebagai DAYAK atau Bangsa Moro, atau Champ, mahupun suku etnik Bangsa Indon, mahupun Fiji sehingga ke Hawaii, keris sama ada berlok atau tidak berlok adalah identiti bangsa ini. Namanya mungkin berbeza, tetapi ia adalah keris dan jenis senjata inilah juga yang telah ditemui di dalam piramid dasar laut Jepun yang telah dinamakan sebagai Piramid Yonaguni.

Keris adalah lambang bangsa Melayu yang ulung. Ia tidak sekadar untuk mempertahankan diri tetapi juga sebagai lambang status, mahupun jatidiri Melayu. Keris bersarung adakalanya membawa maksud sebagai hiasan atau senjata pendua yang dipersiapkan pada bila-bila masa dengan hulunya menghala ke luar. Manakala keris tidak bersarung adalah keris pertikaman yang memang digunakan untuk membunuh.

Bangsa Melayu dari semua pelbagai etnik di seluruh Pasifik yang turut menganuti pelbagai agama bukanlah suku bangsa yang gemar menjajah atau mengacau bangsa-bangsa lain. Sekalipun keris utama mereka tidak bersarung, tetapi yang pasti ia hanya digunakan untuk mempertahankan diri semata-mata. Dan kerana itulah, bangsa-bangsa lain mudah mengambil kesempatan ke atas bangsa Melayu sehingga Melayu itu sendiri telah dipecah-pecahkan dan dijuzuk-juzukkan serta dihasut agar tidak memperakui diri mereka sebagai Melayu.

Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang dari DAP cuba menimbulkan kemarahan dan persepsi ganas kaum Cina kepada orang Melayu, khususnya perbuatan menjulang keris yang dilakukan oleh Hishamuddin Hussein Onn.

Dia memperingatkan semula kejadian 10 tahun lepas apabila Hishamuddin Hussein Onn menjulang keris ketika bergelar Ketua Pemuda UMNO dalam persidangan agung UMNO di ruang tertutup milik UMNO.

Tindakan Hishamuddin Hussein Onn itu katanya, adalah bertujuan untuk memperkukuhkan Agenda Melayu sekaligus mengenepikan masyarakat Cina, India, Dayak dan Kadazan. (BACA DI SINI)

Sama ada Liew Chin Tong yang juga menjawat jawatan Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan benar-benar bangang kerana terlebih banyak menyedut otak lemak babi atau memang sengaja buat-buat bodoh, keberadaan dan kewujudannya sekarang adalah hasil daripada 'julangan keris' para pemimpin UMNO itu sendiri. Tanpa julangan keris pemimpin UMNO, kaum selain Melayu-Bumiputera tidak akan mempunyai sebarang hak untuk bercakap dalam kapasiti politik di negara ini sepertimana yang berlaku di negara-negara Indo China. Malah nama-nama mereka juga tidak mempunyai langsung jatidiri Cina.

Liew Chin Tong mungkin bernama DOLLAH SUMPIT kalau bukan kerana julangan keris para pemimpin UMNO pada tahun 1955!!!

Julangan keris para pemimpin UMNO telah banyak mendatangkan kebaikan dan kemakmuran di negara ini. Tiada sesiapa pun yang disekat untuk mengumpul kekayaan membukit. Perhatikan sajalah senarai orang-orang terkaya di Malaysia, siapa yang jadi pemonopolinya?

Bandingkan pula dengan DAP itu sendiri!

DAP diwujudkan semata-mata untuk mempersoalkan kedudukan Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Adat-Istiadat Melayu. Walaupun DAP cuba berbohong dan berdalih, tetapi Malaysian Malaysia mereka jelas menunjukkan yang mereka mempunyai niat jahat ke atas bangsa selain Cina yang enggan tunduk di bawah telapak kaki mereka. DAP telah terlibat secara langsung dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 menerusi ceramah-ceramah subversif yang menghasut serta mengapi-apikan permusuhan perkauman yang sehingga sekarang, enggan mereka akui dan minta maaf berbanding GERAKAN dan PPP yang tidak mengambil masa lebih daripad 72 jam selepas kejadian berdarah pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Sehingga sekarang pun, DAP terus mempersoalkan tentang Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan adat-istiadat Melayu. Julangan keris yang dilakukan oleh Hishamuddin Hussein tidak mendatangkan sebarang bahaya tetapi kempen-kempen subversif yang dilakukan oleh DAP sama ada secara halus mahupun nyata yang terancang dan jangka panjang sebenarnya yang terus memecah belahkan masyarakat di negara ini.

Berbanding mempersoalkan julangan keris Hishamuddin Hussein Onn, bila agaknya DAP nak mengakui usaha mereka mempersoalkan dan mempertikaikan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 152, Perkara 153 dan sebagainya hendak dihentikan?

Tidakkah perbuatan DAP itu yang semakin hari semakin menjadikan negara ini sebagai sebuah kawasan bergolak yang boleh meletup pada bila-bila masa?


8 comments:

Anonymous said...

Jangan nak layan sangat dengan PARTI yang bergelar DAP ni. DAP sememangnya bersifat perkauman dari dulu lagi. Sehingga PAS sendiri juga tidak sanggup untuk dipermainkan oleh DAP. Nampaknya, DAP hanya melakukan perkara yang hanya boleh menguntungkan diri sendiri. Dengan mengharapkan GHB untuk menyokong mereka? Jangan Haraplah!

paktam said...

Buat laporan polis kerana menghasut.

Anonymous said...

Dia ni bukan buat2 bodoh...tp mmg bodoh..otak letak d kepala lutut..pas tu pakai otak babi plak tu. Org bodoh blh jd wakil rakyat..hairan aku.

Anonymous said...

Agong pun julang keris semasa istiadat. Pegi sound Agong..berani?

Anonymous said...

Kaum Cina sekarang terlalu vokal mempersoalkan apa jua yg berkaitan dgn Melayu. Ini kerana bangsa ini mula merasakan mereka lebih berkuasa dari bangsa Melayu. Walaupun menyedari mereka adalah kaum pendatang namun mereka tetap mahu berkuasa. Lim Kit Siang adalah merupakan salah seorang yg lantang menentang Melayu semasa 13 Mei 1969... saya masih ingat.

Anonymous said...

Kita dah pecah tiga ......Itu sebab mereka berani

Anonymous said...

Maka terbitnya nama baru .. KERIS MUDIN..

Anonymous said...

bangsa kurang ajar.....tak tau adat.

 
Blogger Templates