Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 6, 2015

KUNUN, RAMAI DAH SERTAI G18-PASMA... TAPI KHALID SAMAD TETAP TAK KELUAR PAS JUGA!!!



Terlalu ramai individu yang ingin menyertai 'Gerakan Harapan Baru' menyebabkan kumpulan progresif PAS yang sebelum ini digelar (G18) terpaksa menukar nama kumpulan itu, kata MP Shah Alam, Khalid Samad

Bekas ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata sehingga kini sudah ratusan individu yang menyertai gerakan itu menunjukkan ia sesuatu perkembangan yang sihat.

Malah, katanya kumpulan tersebut sendiri sudah mempunyai barisan pemudanya yang sendiri yang sedia menggerakkan kumpulan tersebut.

“Ramai yang sertai kami, kerana dari negeri-negeri juga dah ada, sekitar ratusan dan mungkin menjangkau seribu,” katanya kepada Malaysiakini selepas sidang medianya di Shah Alam petang ini.

“Mereka kumpulan Pemuda yang gelarkan mereka sebagai pemuda Gerakan Harapan baru,” katanya lagi.

Kumpulan ini termasuk beberapa pemimpin kanan PAS yang tewas dalam pemilihan parti menggelarkan mereka sebagai G18 ekoran kekalahan progresif kalah dalam muktamar lalu.

Mengulas perselisihan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat, Khalid berkata ia sukar untuk diselesaikan dalam waktu yang singkat maka satu parti baru yang beridentitikan Islam perlu ditubuhkan bagi menangani masalah itu.

"Pemutusan (hubungan) PAS dengan DAP di dalam muktamar secara teknikalnya menyebabkan Pakatan sudah tidak wujud lagi.

"Maka kami rasakan perlunya satu pakatan baru yang boleh menyatukan hasrat rakyat. Ini bagi menandingi Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya yang sudah dekat," katanya.

Khalid berkata parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru akan diwujudkan jika PAS masih tetap pendirian mereka memutuskan hubungan dengan DAP.

"Kita terpaksa teruskan mewujudkan parti baru ini sekiranya PAS masih tidak berubah dengan pendirian mereka masa ini.

"Jika PAS rasakan mereka boleh teruskan dengan pendirian mereka masa ini, maka kita akan teruskan dengan menubuhkan parti baru itu," katanya.

Bagaimanapun Khalid tidak memberitahu bila parti baru itu diwujudkan kerana ia masih di peringkat cadangan.

"Kita tidak tahu lagi bila akan tubuhkan parti baru ini. Mungkin lepas Hari Raya Aidilfitri, mungkin lepas Raya Haji," katanya. - MALAYSIAKINI


4 comments:

um-nonok said...

Parti belum tubuh macam mana YB Khalid Samad nak sertai? Bodoh gak blogger pro umno ni kan? Betul seperti kata Tun M, bijak pandai dah tak nak sertai umnonok. Maka tinggallah spesis2 sengal bersama umnonok. Hahahahahahahaaaaa...

Anonymous said...

yg kau sibukkan parti org tu pasal? nak ramai ke, nak sikit ke, nak tonggang tak mengusik kau pun. parti sendiri tonggang-langgang konon ada hati nak tumpang sibuk kat parti org.

Anonymous said...

Khalid samad x kluar lagi coz gereja dlm pasma x siap lagi. Diakn suke pertahan gereja. Gereja x siap nk pertahankn ape?? Pertahankn janggut putih dia?? Janggut bawah x putih ke khalid?? Kihkihkih

Anonymous said...

Bulan puasa ni. Jgn di ikut org2 politik. Siang mlm pagi ptang politik la mkanan mreka. Mati esok no questions on parti2 tpi budi bahasa kita ni ( um nonok....bulan puasa buat pahala ni mcarut ) ibadat kita. Ape2 pun satu je aku nk kata no vote for part yg bkait dgn komunis yg aku oling benci

 
Blogger Templates