Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 23, 2015

LIMA LAGI DIHALANG KELUAR NEGARA DAN AMBIGA MEMILIH UNTUK SAMAN KERAJAAN MALAYSIA KERANA LARANGAN TERSEBUT!!!



Selepas pendedahan 2 ahli Parlimen, Tony Pua dan Rafizi Ramli, serta pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong disekat ke luar negara mungkin disebabkan kritikan mereka berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB), seorang lagi pemimpin pembangkang dan 4 aktivis turut menerima nasib sama.

The Malaysian Insider difahamkan, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim turut mendapati perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen jika mahu meninggalkan Malaysia.

Semakan menggunakan nombor kad pengenalan mereka melalui laman Semakan Status Kawalan Imigresen memberikan jawapan berikut: "Sila rujuk ke pejabat Imigresen terdekat."

Status itu kini menimbulkan persoalan jika mereka akan turut mengalami nasib sama seperti Pua, ahli Parlimen Petaling Jaya yang dihalang menaiki penerbangan ke Jogjakarta di lapangan terbang klia2, semalam.

Pua dan Rafizi, ahli Parlimen Pandan, mempunyai status sama sewaktu melakukan pemeriksaan nama mereka atas talian.

Mengulas perkara itu, Ambiga berkata beliau ke luar negara sebulan lalu dan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika namanya kini tersenarai sebagai mereka yang dihalang daripada ke luar negeri.

"Saya bosan dengan gangguan ini dan akan meneliti pilihan perundangan yang ada jika pergerakan saya dibataskan.

"Tidak masuk akal jika mereka yang perlu berhadapan tindakan undang-undang bebas ke mana-mana sahaja sementara mereka yang bersuara menentang salah guna kuasa diganggu sebegini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Maria pula menuntut Jabatan Imigresen menjelaskan sebab namanya tersenarai sebagai mereka yang perlu merujuk jabatan itu jika mahu ke luar negara.

"Buat masa sekarang, saya mahu tahu sebab saya perlu rujuk imigresen bagi perjalanan saya.

"Sebagai warganegara, saya ada hak dan kebebasan bergerak keluar masuk negara saya," katanya.

Maria sebelum ini dihalang daripada daripada masuk ke Sabah sementara Ambiga pula dihalang daripada masuk ke Sabah dan Sarawak oleh Jabatan Imigresen.

Chua, Adam dan Hishamuddin memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga mendapati perlu merujuk pejabat imigresen terdekat berdasarkan semakan di laman sama.

The Malaysian Insider sedang menghubungi pihak imigresen bagi mendapatkan penjelasan sama ada mereka dihalang ke luar negara atau dihalang ke Sabah dan Sarawak sahaja.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan senarai mereka yang dihalang meninggalkan negara tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Semalam, kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) berkata, tindakan Putrajaya menghalang Pua, Rafizi dan Tong daripada meninggalkan negara ini bermotifkan politik.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata sekatan terhadap pemimpin pembangkang serta pemilik The Edge Media Group daripada meninggalkan negara mungkin disebabkan kritikan dan pendedahan mereka mengenai 1MDB.

Paulsen turut mengingatkan pihak berkuasa mengenai kebebasan bergerak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. – 23 Julai, 2015. (THE MALAYSIAN INSIDER)


12 comments:

ras abu said...

sumbatkan saja mereka yg mengkhianati negara dalam penjara - mereka ini merosakkan negara serta menyusahkan rakyat jelata

Ted Manoff said...

Nasib la Korang yanv anti Melayu Islam

Anonymous said...

Agaknya inilah kesan pemansuhan ISA.

Anonymous said...

Adam adli patut pun kena sebab tak bayar hutang pptn...suruh belajar dia masuk politik..

Anonymous said...

Gay tua tu patut lama dulu tak boleh masuk balik keMalaysia sebab lari keluar tanpa pasport.

Anonymous said...

Mentang2 mereka2 ni byk duit disponsor, boleh la nak saman.

Kalau mereka ada kuasa, rasanya lansung tak boleh disentuh.

Itulah objectif mereka2 sebenarnya. Mendapat kuasa, mengumpul kekayaan, undang2 bawah mereka dan tak boleh disentuh.

Anonymous said...

Terlalu sangat nak tunjuk lagak umpama mereka sahaja kebal undang-undang. Sikit-sikit saman.

Cuba malaun ini ulat tiket yang merayau di perhentian bas kena tahan, ada malaun-malaun ini ambil perduli jika mereka tiada berkempentingan kepada puak pembangkang.

Betulah kata mereka semua ini politik. Politik pembangkang di Malaysia adalah yang paling jijik. Pembangkang di Malaysia hanya tahu melalak seperti anjing namun kebaikan untuk rakyat selama ini hanya hampas berlaka.

Menuduh orang tanpa bukti dan agenda menjatuhkan kerajaan dengan fitnah yang digembar gembur hingga meresahkan rakyat agar rakyat bengun memberontak adalah di antara doktrin dan ideologi komunis. Perlukah pembangkang di Malaysia menggunakan cara tersebut.

Anonymous said...

kalau depa kena, melanggar perlembagaan, dan mengaku warganegara, tapi asyik nak tunjuk belang, pirrrrrah, pihak berkuasa kena tegas sebelum terlambat

Anonymous said...

Semua kafir harbi yang memberontak cuma seekor dua sahaja melayu yang tumpang gelemor. Tegakkan kebenaran melalui undang undang jangan di takut dengan ugutan. Tiada istilah double standard yang undang perlembagaan, salah tetap salah jangan sampai rakyat marhain sudah tidak percaya lagi dengan institusi kehakiman. Malaysia still relevant dimata dunia kalau tidak masakan Liverpool sedia datang mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia.

Labu8455 said...

Tapi kenapa yang suspect utama kes 1MDB (Kepala Penyamun) masih bebas keluar masuk negara ?

Anonymous said...

Soalan bodoh dr org yg bodoh..

Anonymous said...

Kalau nk kluar negara apa salahnya..tp dgn syarat..tk pyh nk pijak lg negara ni kan senang..negara mlysiakan myusahkan..elok lah brambus..muka2 ni ada pun buat myusah krj polis saja

 
Blogger Templates