Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 14, 2015

PERSATUAN KEBAJIKAN MUALAF SELANGOR TERKILAN DENGAN SIKAP SAMBIL LEWA PEGAWAI MAIS DI DAERAH KELANG!!!



Persatuan Kebajikan Mualaf Selangor pada isnin melahirkan rasa kecewa terhadap pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang didakwa menunjukkan sikap negatif terhadap saudara baharu.

Presiden persatuan itu, Mikhael Iskhandaar berkata ini berikutan pegawai MAIS yang ditempatkan di daerah ini mengambil sikap sambil lewa dan kurang mesra terhadap golongan itu sehingga menimbulkan persepsi tidak baik terhadap jabatan berkenaan.

"Saya kecewa kerana petugas MAIS daerah Klang seakan tidak mempedulikan mualaf yang datang berurusan di pejabat mereka dan memberi pelbagai alasan jika sesuatu soalan diajukan untuk penjelasan lanjut.

"Kami sebagai mualaf menjadikan MAIS sebagai tempat rujukan apabila berdepan sebarang masalah terutamanya berkaitan agama namun respons yang diberi langsung tidak membantu," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, sudah menjadi lumrah saudara baharu bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam, namun tenaga pengajar kelas Fardu Ain yang dilantik oleh MAIS tidak membenarkan mereka untuk bertanyakan soalan dan menyebabkan proses pembelajaran terbantut.

"Saya sudah menghantar surat memaklumkan masalah yang dihadapi kepada pihak pengurusan MAIS pada 6 Julai lepas namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diterima.

"Jika tiada sebarang respons daripada mereka (MAIS), saya bersama rakan mualaf lain akan mengutuskan surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya satu tindakan segera diambil bagi membela nasib kami," kata Mikhael yang memeluk Islam sejak Januari lepas.

-- BERNAMA


4 comments:

Anonymous said...

Kalau tak amanah, cuai dan malas, PECAT!!!

Anonymous said...

LEADERSHIP IS A BIGGEST RESPONSIBILITIES IN ORIGINAL ISLAM RELIGION. MUST CHANGE NOW TO THE VERY CAPABLE MALAY MUSLIMS TO DO THAT KIND OF JOBS..................-ERIC HARROUN-....................

Ted Manoff said...

Setuju..biar Sultan balon monyet2 Kat MAIS tu

maae said...

Hantar dan tukarkan pegawai bengong ini ke Grik, biar dia bersahabat dengan cipan !

Tidak tahu berdakwah, semarakkan syiar Islam - hanya buncitkan perut, apa faedah ?

Sepatut nya lebih ramai lagi memeluk Islam. Tidak faham erti fisibillillah, dakwah dan jihad - kecuali sokong ISIS agak nya....

Duit zakat Selangor dengar khabar di agih salah cara, betul ke ?

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Bathin.

 
Blogger Templates