Lebih kurang 50 orang hadir. Antara mereka termasuklah Zaid A.Rahman yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Hajah Noriah Mahat yang juga merupakan seorang Senator Dewan Negara, Rohaizah Ahmad yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pagoh dan Ismail Mohamad yang merupakan ADUN Bukit Serampang merangkap Exco Pertanian Negeri Johor selain sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.
Dalam pertemuan tersebut, Muhyiddin menyeru agar rakyat dan penyokongnya di Parlimen Pagoh agar bersabar dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Dia juga menasihati para penyokong dan rakyat di Pagoh agar tidak bertindak membuat demonstrasi yang melanggar undang-undang.
Selain itu, dia turut mengarahkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh mempengerusikan sebuah mesyuarat khas di kalangan AJK-AJK UMNO Bahagian Pagoh bagi menerangkan situasi sebenar yang berlaku dan meminta semua ahli-ahli UMNO Pagoh agar bersabar dengan apa yang berlaku.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh juga telah diarahkan agar mengadakan sidang akbar untuk memberikan penerangan sebenar kepada akar umbi agar tidak timbul sebarang kekecohan.
Selain itu, Muhyiddin juga berjanji akan bertemu dengan AJK UMNO Bahgian Pagoh selewat-lewatnya pada hari Khamis atau Jumaat minggu ini di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh untuk memberikan penerangan tentang pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Muhyiddin disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pengumuman khas Perdana Menteri pada jam 1:30 tengah hari semalam dan jawatannya kini digalas oleh Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.
8 comments:
Sesuatu telah ditakdirkan. Anggaplah ini ujianNya. Allah bersama mereka yang sabar. Semoga Muhyiddin Yassin diberi kekuatan, ketabahan untuk menerima dugaan ini dan kebijaksanaan mengurusnya demi agama, bangsa dan negara. Aameen.
Banyak tu je ker yg simpati dgn Muhyiddin?
aku rase kedai burger dkt umah aku lg ramai dr ini.
Anwar dipecat dulu (opps Muhyiddin tak di pecat ok..) bukan 1 ribu org tapi berpuluh ribu lautan manusia mengiringinya..
tapi di mana kah Anwar sekarang??
memalukan je highlight berita mcm ni...
Alhamdulillah... boleh dilihat perbezaan reaksi pertama muhyiddin di pecat berbanding anwar. Yg satu redha yg satu tidak... apa2 pon ujian yg menimpa ... ambillah peluang mendekatkan diri padaNya. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita.
kalau dah REDHA......senyap jer la.....
Laa.. apa la ko ni.. blog ni bukan Tan Sri Muhyidin yang punya.. org lain nak buat laporan pun tak paham-paham.. kalau pun ko hentam jugak.. dah memang dasar RBA DAPigs
Sabar itu isebahagian man ada hikmah. 69 elok lah bersara sbg satu turning point utk seorang pejuang sejati utk mengadap Allah swt dr kesibukan manusia yg serba tak kena dan kerenah yg tak berkesudahan. Letak lah sispa pun mereka tetap kutok demi menjatuhkan hak melayu dan Islam di negara ini. Tapi ingatlah bhw yg menentukan segalanya adalah atas kekuaaan Allah swt jua. Doa adalah senjata orang muslimin. Kebenaran akhirnya akan terserlah jua bukan kerana tangan sesiapa terapi kehendak Allah swt. Redholah atas apa jua kehendak Nya ....
8.31
Kalau nak beri ulasan biarlah berhemah sedikit.
Kan dah disebut AJK UMNO Bahagian Pagoh, bukannya nya ahli atau penyokong.
Sudah tentulah AJK Bahagian sebanyak bilangan itu saja dan bukannya beribu-ribu orang.
Itulah masalahnya jika mempunyai tahap mentaliti seorang penjual burger.
Bodoh la ko nie...byk sgt makan semut...hati gelap...memalukan jer kenyataan yg ko tulis huhuhu
Post a Comment