Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 19, 2015

POLIS THAILAND MULA DEDAHKAN TAUKEH MEDIA DAN KORPORAT YANG CUBA KHIANATI MALAYSIA!!!



Polis Diraja Thailand yang menyiasat Xavier Andre Justo dan rakan-rakan subahatnya dalam pemerasan telah mendedahkan kaitannya dengan pemilik media yagn merupakan bekas wartawan yang bertukar menjadi pemain korporat rakyat Malaysia. 

Polis Thailand turut membuat kesimpulan, bahawa motif sebenar jenayah tersebut adalah PENGKHIANATAN serta PENDERHAKAAN ke atas Kerajaan Malaysia serta cubaan menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak. 

"Kami memiliki semua dokumen, identiti lebih daripada 10 orang individu termasuklah beberapa orang VIP Malaysia," kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Jeneral Prawuth Thanvornsiri. 

"Ini adalah konspirasi untuk memburuk-burukkan kerajaan anda dan kami telah mempunyai identiti lebih daripada 10 orang individu yang berkaitan dengan siasatan kami."

Setakat ini, menurut Prawuth, Polis Thailand menemui kaitan konspirasi yang melibatkan pihak di United Kingdom, Singapura dan Malaysia. 

Siasatan yang dilakukan oleh Polis Thailand ke atas Justo telah hampir memasuki sebulan. Prawuth bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti individu-individu yang dimaksudkannya.  Walaupun terdapat halangan berdasarkan peruntukan undang-undang untuk sebarang pendedahan awal, Prawuth mengesahkan bahawa pihaknya telah mengenalpasti identiti individu-individu tersebut berdasarkan pengakuan Justo sendiri dan ia akan didedahkan dalam mahkamah terbuka apabila kertas siasatan selesai dan pendakwaan dibuat ke atas Justo.

Walaupun polis Thailand enggan menamakan VIP-VIP tersebut, sumber-sumber yang rapat mendedahkan bahawa sebahagian daripada mereka telah diberikan amaran keras oleh Kerajaan Malaysia. 

Dan menurut sumber itu lagi, nama-nama mereka juga telah disebut oleh media-media Malaysia. 

"Jadi, identiti mereka bukan lagi rahsia di Malaysia," kata sumber itu. 

Bulan lepas, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan, bekas pemilik bank yang bertukar menjadi pemilik empayar media, Tong Kooi Ong yang memiliki Kumpulan Media The Edge, telah diberikan amaran berhubung penerbitan berita-berita tidak tepat dan telah diberikan surat tunjuk sebab mengapa permit penerbitannya tidak wajar dimansuhkan.

"Dia (Tong) perlu bertanggungjawab kerana telah menerbit dan menyiarkan berita-berita tidak tepat, yang mana seharusnya disahkan terlebih dahulu sebelum diterbitkan."

Dalam sidang medianya beberapa hari lepas, Prawuth mengesahkan bahawa identiti-identiti VIP tersebut diperolehi daripada 'fail-fail elektronik' yang dirampas daripada Justo dan berdasarkan kepada pengakuan lelaki tersebut. 

Rampasan tersebut turut membolehkan polis Thailand mengetahui masa pertemuan di Hotel Fullerton di Singapura. Dalam pertemuan itulah, dokumen-dokumen yang dicuri daripada PetroSaudi International bertukar tangan. 

"Justo mengakui telah mencuri dokumen-dokumen tersebut, tetapi dia mendakwa tidak pernah memindanya dengan sebarang maklumat baru," kata Prawuth. 

Menurut Prawuth lagi, siasatan mendapati dokumen-dokumen tersebut telah dicuri dan kemudian dijual kepada pihak lain. Malah dia turut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Singapura. Daripada pengakuan Justo, maklumat-maklumat tersebut kemudian diberikan kepada seorang wartawan merangkap blogger di United Kingdom yang kemudian memuatnaik ke laman sesawang untuk menyerang Kerajaan Malaysia. 

1 comment:

Anonymous said...

Doomed.......

 
Blogger Templates