Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 5, 2015

PUAK-PUAK UMNO SERONOK NAK JADI PENCATUR KUASA, TONY PUA DAN LIM KIT SIANG DAH TAK SABAR NAK RAMPAS PUTRAJAYA!!!



DAP tahu, kalau hendak memerintah negara ini, mahu tidak mahu, mereka terpaksa menumpaskan UMNO terlebih dahulu. Untuk berhadapan dengan UMNO secara gentleman di Pilihanraya Umum, DAP sangat sedar, banyak tembelang mereka mudah pecah dan tersebar. Lebih-lebih lagi, kisah Lim Guan Eng dan DAP menyamun seperti Pulau Pinang dan Selangor harta mak bapa mereka. Bimbang seandainya, lebih banyak yang terdedah dan keengganan Lim Guan Eng menjawab serta menerangkan segala dakwaan ke atasnya dengan mengambil sikap tutup mulut atau lari ke luar negara, DAP merangka rancangan lain untuk mengambil kesempatan.

DAP telah berjaya memporak-perandakan PAS. Mengecilkan kekuatan PAS dengan menjuzuk-juzukkan kepimpinan PAS dan kini PAS di ambang perpecahan lebih besar dengan penubuhan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh Siddiq Fadhil dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut selepas Aidil Fitri ini.

Serangan demi serangan oleh Rafizi Ramli yang dibantu oleh Tony Pua, semakin melebar dan tidak lagi dianggap sebagai fitnah. Bahkan ramai pula orang UMNO sendiri yang menerima fitnah-fitnah tersebut sebagai satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan.

Peranan media antarabangsa seperti The Wall Street Journal dan The Age, telah diterima secara sebulat suara sebagai satu kebenaran hakiki, walaupun berdasarkan sejarah, kedua-dua media tersebut sentiasa melakukan serangan dan fitnah ke atas negara-negara yang perlu ditekan untuk akur kepada kehendak Zionis dan kolonialisme kapitalis Amerika Syarikat.

TPPA semakin hampir dan Amerika Syarikat memerlukan penyertaan Malaysia dalam kelompok penjajahan tersebut. Sama seperti tahun 1997-1998 apabila media-media tersebut melakukan pembohongan dan fitnah ke atas Malaysia dan kepimpinan negara ini untuk memastikan Anwar Ibrahim dilantik sebagai proksi Amerika Syarikat dan negara pula melutut kepada rejim kewangan dan ekonomi yang direncanakan oleh IMF dan Bank Dunia.

Kecelaruan itu, ditambah pula dengan SIKAP PEMALAS orang Melayu dan Malaysia sendiri untuk merujuk sejarah membabitkan media-media antarabangsa tersebut, digunakan dan diambil kesempatan oleh DAP dengan sepenuh-penuhnya.

Tony Pua tidak lagi berkias, sebaliknya berterus-terang. Dia menyeru dan mengajak semua Ahli-Ahli Parlimen terutama dari Barisan Nasional untuk bersama DAP mengambilalih negara ini. Dan sudah tentulah, DAP dan Tony Pua mengharapkan kesemuanya akan tunduk kepada DAP serta melantik mana-mana wakil DAP (baca; Lim Guan Eng) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Baca semua komen yang terdapat dalam posting Tony Pua dan anda akan dapat gambaran sebenar, bagaimana seronoknya mereka setelah berjaya mengucar-ngacirkan negara ini dan kemudian menuduh kerajaan dan Najib terlalu lemah dan tidak berkebolehan untuk mentadbir negara. (DI SINI)

Dari awal lagi, DAP telah berusaha keras untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas negara ini bagi menghalang kemajuan ekonomi dan pelaburan masuk. Bahkan begitu seronok memburuk-burukkan negara di negara asing selain mempromosikan kononnya negara ini tidak bebas dan rakyat dari kelompok minoriti tertindas agar wujud persepsi buruk di peringkat antarabangsa.

Apabila persepsi buruk telah tercipta dan diterima pula sebagai satu kebenaran, DAP segera menuding menyalahkan pemerintah Malaysia kerana kononnya tidak berkeupayaan.

Helah yang amat baik dan mudah ditelan serta dihadam oleh sebahagian manusia yang mempunyai otak tetapi tidak mampu berfikir!!!

Sekarang, mereka mahu mengambilalih pentadbiran negara pula dan mereka begitu berterus-terang...

Tak nampak-nampak juga permainannya?


4 comments:

Otak geliga said...

Assalamualaikum,

Daripada duluuuuu lg org Melayu Islam dah nyatakan keBENCIan mereka dgn sifat LEMAH GEMALAI DS Ah Jib Gor terhadap Cina2 DAP.

Tapi apa yg DSAJG buat?....makin diBELAI & diKUCUP2 Cina2 DAP dgn bantuan kewangan beratus juta hanya utk SEKOLAH....dibuka pula UNIVERSITI CINA terBESAR di Malaysia supaya ASIMILASI Cina terHAPUS terus dgn penduduk asal Tanah Melayu. Cina DAP hanya berUMPANkan placard/bena/baju/kipas/topi "I LOVE PM".

Walau selepas Tsunami Cina sekalipun, SAYANGnya DSAJG terhadap Cina DAP tiada berbelah bagi.

Akhirnya apa jd?....Melayu sedikit demi sedikit HILANG kePERCAYAan terhadap DSAJG & kini dgn segala apa yg terjadi dgn 1MDB, TH etc mengurangkan lagi kePERCAYAan org Melayu terhadap DSAJG.

Sikap "BUAT BODOH", "BIAR JE", "BLURRR" DSAJG terhadap isu2 berbangkit akhirnya memakan diri. Apa guna bayar RM BILION2 pada PUNAHSIHAT yg kerjanya mengangkang di pejabat. Setiap isu samada dijawab secara LEMBAB atau SAMBIL LEWA. Paling teruk jika diBIARkan tanpa jawapan dgn harapan akan hilang ditelan masa, namun sebaliknya yg berlaku bilamana isu semakin memBUSUK, TENGIK, barulah mahu ambil tindakan (isu Nama Allah/ Al-Kitab).

Keadaan yg HANYIR semakin diBURUKkan lagi oleh kenyataan2 Menteri yg KONON CERDIK PANDAI. Apa ingat rakyat ni BANGANG!....itu belum lagi JANJI2 Pilihanraya yg MUNGKIN AKAN dimungkiri (TOL).

Masalah sekecil PREPAIDpun bertelagah sesama sendiri utk menjadi JAGUH mengeluarkan kenyataan. Apatah lagi utk mencari penyelesaian. Akhirnya JANJI berSEPAI, poket rakyat diRODOK lagi utk mendapatkan 6% GST TAMBAH SST. Itu hanya isu plg kecil....PREPAID....penyelesaian GAGAL TOTAL!

Aku yg selama ini yg GILA2 mempertahankan UMNO juga sudah semakin JIJIK melihatkan keBOBROKkan sebahagian pemimpin2 UMNO.

Yg memBERI RUANG puak Cina/India DAP Evangelist Pelampau Kristian ini utk berKUASA adalah para pemimpin UMNO sendiri. Rakyat di bawah ni menDERITA mengenangkan apa yg terjadi....Denyut Nadi Rakyat???, Era Kerajaan Lebih Tahu TELAH TAMAT???, Rakyat diDahulukan, Pencapaian diUtamakan????...Cukup2lah memandang rakyat dgn pandangan yg mengHINA!

Seandainya Pengkhianat Melayu yg berPAKSIkan Cina/India DAP Evangelist Pelampau Kristian ini berkuasa, bagi aku itu lebih baik kerana GELOMBANG KEDUA PENYATUAN MELAYU/ISLAM/BUMIPUTERA berkemungkinan besar akan terjadi. Hanya menunggu masa.

Itupun terserah kepada keBIJAKSANAan kepimpinan UMNO. Samada BERANI atau KEKAL bersama pemimpin yg LEMAH atau lakukan sesuatu utk menguatkan kembali UMNO dgn manusia2 yg lebih berAGAMA, kredibel & jujur.

Wassalam

Anonymous said...

Kenapa tak buat pd 13 mei baru ni

Anonymous said...

Bagus la

Anonymous said...

Umno dan PAS janganlah terlalu ikutkan nafsu memusuhi sesama Islam. Akibat perpecahan ini hanya akan memudahkan kafir harbi untuk memusnahkan sistem Melayu Islam di Malaysia. Dah nyata siapa musuh dan siapa kawan. Semuanya akibat persepsi musuh-musuh luar dan dalam.

 
Blogger Templates