Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 1, 2015

SELURUH SELANGOR DAN LEMBAH KELANG SEMAKIN KERING AIR, KERAJAAN NEGERI SELANGOR PULA TERUS BERMAIN POLITIK... BARU NAK KAJI PERJANJIAN AIR!!!

Mungkin disebabkan kawasan rumahnya tidak berhadapan dengan catuan bekalan air, atau Azmin Ali serta seluruh pentadbiran negeri Selangor tidak perlu berbaris dengan timba atau tong menantikan kedatangan lori SYABAS, maka masalah air yang semakin meruncing di seluruh Selangor, langsung tidak diberikan perhatian.

Yang disibukkan oleh PKR dan DAP ialah gesaan agar Azmin Ali meletak jawatan atau desakan DAP agar Azmin Ali memilih antara DAP atau PAS untuk meneruskan Kerajaan Negeri Selangor.

Masalah air langsung tidak dibincangkan... langsung tidak dipentingkan dan langsung tidak disuarakan.

Elizabeth Wong yang mengetuai kumpulan yang mahukan SYABAS melepaskan pegangan ke atas bekalan air bersih di seluruh Lembah Kelang pun, turut mendiamkan diri dan tidak berani langsung bercakap tentang masalah air di Selangor.

Kerajaan Persekutuan pula yang terhegeh-hegeh menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Negeri Selangor tetapi bantuan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pula digunakan sebagai 'keuntungan negeri' tanpa sebarang pulangan kepada rakyat dalam bentuk akses air bersih.

Semalam, sekali lagi Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali memberikan jaminan, penstrukturan industri bekalan air negeri akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

Punyalah terdekat, masalah ini sudah berlarutan lebih dari 6 tahun. Tidak ada pula Exco atau ADUN Pakatan yang sanggup minum air lombong atau air banjir kerana itu adalah hujah mereka enggan menerima Projek Langat 2. 

Walaupun bekalan air semakin meruncing dengan sesetengah kawasan sudah dua minggu terputus bekalan air bersih, Azmin Ali menyatakan, masih terdapat satu lagi isu yang perlu diselesaikan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan selepas perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada minggu lepas.

Bagaimanapun, Azmin Ali tidak menjelaskan masalah yang dimaksudkannya walaupun turut memberitahu, dia telah bertemu dengan Menteri berkaitan iaitu Maximus Ongkili dan Perdana Menteri.

Pada 17 Jun lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan kerjasama bagi implementasi penstrukturan dan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta sistem pengedaran air sebagaimana yang diputuskan menerusi kepimpinan negeri yang lepas.

Menurut Ongkili, sekiranya penstrukturan industri air di Selangor masih juga tidak dapat diselesaikan, Kerajaan Persekutuan boleh mengambilalih kawalan operasi pengagihan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdasarkan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

Inilah yang dibangga-banggakan sangat oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Inilah perubahan besar yang dimahukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Dah tak ada air pun, Kerajaan Pakatan Rakyat tetap yang terbaik.

Cuba kalau Kerajaan Negeri Selangor yang serba culas dan lemah ini adalah Kerajaan Barisan Nasional, rasa-rasanya penuh jalanraya dengan manusia yang berarak dengan timba dan hanya bertuala sebagai tanda protes dan marah kerana terputus bekalan air!!!


1 comment:

Anonymous said...

Samaada pemerintah atau pembangkang = 2 x 5

Smua penuhkan poket ....

 
Blogger Templates