Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 4, 2015

SERONOK RINGGIT MALAYSIA PADA PARAS RM3.80 BERBANDING DOLLAR... DAN SALAHKAN NAJIB SEBAB NAK AMBIL TINDAKAN KE ATAS MEDIA ASING... PENYAKIT 1998 DAH MUNCUL BALIK!!!



Barangkali disebabkan dateline dan deadline yang telah dibuat bagi Najib meletakkan jawatan adalah pada Jun dan Jun telah pun berlalu, terpaksalah dilipatgandakan usaha pada awal Julai agar Najib benar-benar meletak jawatan.

Bagi mereka yang hidup, tidak berhingus, berotak mukallaf dan celik mata pada tahun 1998, apa yang sedang berlaku sekarang, mengulangi apa yang berlaku pada tahun 1998 apabila Mahathir diserang dengan kaedah yang serupa... juga oleh golongan yang mendakwa mereka mencintai UMNO!!!

Sama, saling tak tumpah.

Bezanya, serangan ke atas Mahathir berhenti setakat anaknya dan Mahathir semata-mata, sedangkan Najib pula, serangan turut mengaitkan isterinya. Sehinggakan isterinya yang sakit lutut, dan tidak boleh membongkok untuk memakai kasut sendiri pun, dijadikan isu politik.

Ia samalah seperti puak-puak UMNO pro-Anwar pada tahun 1998 mempertikaikan rambut Siti Hasmah dan gambar-gambar lama Mahathir berseluar pendek!

Mahathir dituduh menyimpan berbilion ringgit pada tahun 1998 dengan paparan nombor-nombor akaunnya. Anaknya pula pernah dikhabarkan hampir membunuh diri menyebabkan Mahathir terpaksa bail-out beberapa syarikat yang ada kepentingan anaknya itu.

Bagaimanapun, itu semua hanyalah sekadar cerita dongeng. Cerita yang disedapkan oleh golongan yang menentang Mahathir pada waktu. Cerita yang sengaja direka untuk membunuh kepercayaan kepada Mahathir dan mempertikaikan kewibawaannya sebagai Perdana Menteri, sekaligus menekannya agar meletakkan jawatan, menyerah kepada kehendak IMF dan Bank Dunia untuk memproksikan Anwar Ibrahim, dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada segala tuduhan jenayah liwat dan rasuah salahguna kuasa.


Kini kaedah serupa sedang dilakukan dan diulangi. Mungkin bukan oleh golongan pada tahun 1998 menjadi tukang fikir dan pelaksananya, tetapi meminjam kaedah yang serupa dengan orang yang mengaku pejuang UMNO - walaupun hakikatnya mereka adalah golongan kecewa UMNO - yang menjadi jenteranya. Bezanya kali ini berbanding 1998, golongan berkenaan tidak keluar dari UMNO beramai-ramai kerana mereka tiada pemimpin.

Kemuncak serangan pada zaman Mahathir adalah kejatuhan Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat pada nilai RM4.30 berbanding USD1. Golongan yang paling gembira pada waktu itu adalah puak pro-Anwar Ibrahim dan puak pro-neo-kolonisme. Malaysia dikatakan akan bankrap dan muflis di bawah pentadbiran Mahathir. Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke negara ini dan memalukan Mahathir secara berdepan-depan.

Agak lama, barulah Mahathir mampu mengambil tindakan drastik iaitu dengan mengikut jejak langkah China, mengikat matawang Ringgit dengan Dollar Amerika pada kadar RM3.80 walaupun ditentang hebat oleh Majlis Ekonomi yang terdiri daripada nama-nama hebat selain para pegawai tinggi Bank Negara Malaysia.

Hari ini, Ringgit mencecah RM3.80 dan puak yang mengharapkan keajaiban Najib letak jawatan serta-merta, bersorak dan mengharapkan Najib melakukannya kerana Ringgit sudah jatuh teruk, kata mereka. Mereka lupa, Najib masih ada tindakan yang sama seperti Mahathir, iaitu mengikat atau menambat nilai Ringgit yang masih belum diambilnya. Kalau Mahathir hanya menambat Ringgit pada kadar RM4.30, setelah hampir dua bulan, mengapa Najib perlu didesak hanya kerana hari ini Ringgit menjunam pada kadar RM3.80? Mengapa tak tunggu sehingga RM4.30 kalau mahu Najib mengikut jejak langkah Mahathir?


Najib juga dipersalahkan dan diperolok-olokkan kerana mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas media antarabangsa termasuklah Sarawak Reports. Diperolok-olokkan kerana tindakan tersebut dikatakan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam. Dan yang lebih menarik ialah apabila ada pula yang mempertikaikan Najib dan membela Wall Street Journal, walhal penerbitan yang sama pernah disaman tiga kali oleh Kerajaan Singapura kerana dengan sengaja membuat laporan palsu.

Malah Mahathir sendiri ketika masih Perdana Menteri, mengutuk dan mengecam WSJ. Malah tidak membenarkan syarikat penerbitan tersebut beroperasi dan membuat sebarang laporan mengenai Malaysia.

Tak ambil tindakan, Najib dipersalahkan. Nak ambil tindakan undang-undang ke atas penerbitan antarabangsa itu pun, salah juga.... semuanya serba-salah.... yang tak salah cuma puak-puak yang pandai menyalahkan Najib dan Kerajaan Malaysia!!!


8 comments:

Anonymous said...

CLAIRE BROWN-Si BETINA omputih-KEPARAT S.Repot (patutnya diHARAMkan selamanya masuk M'sia kita ni) ini disyaki DALANG belakang kumpulan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu, yg. KELENTONG psl. IMDB ni, terutamanya puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak, bersama puak PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM - iaitu si KULI-Barat/NATO-ISrael/Zionis yg. memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!

Dan BETINA ni juga sebenaqnya adalah adik ipar kpd. bekas PM UK yg. amat pro-ISrael/Zionis, Gordon Brown yg. terlibat bersama Blair utk. melancarkan perang Iraq yg. telah menyebabkan BERJUTA Bumiputera Arab Islam Iraq diBUNUH/diROMPAK/diPERKOSA dgn. amat KEJAM dlm. GENOSID oleh tentera PENGGANAS US/UK – lihat di http://www.whale.to/b/bollyn.html , How Mossad Controls Our Political Parties, by Christopher Bollyn, 25 October 2008:

……MOSSAD CONTROLS BRITAIN

The evidence indicates that Israeli intelligence has near complete control of the leading political parties in Britain and the United States. While the Zionist political controllers in London and Washington are well known to the owners of the mass media, discussion of the subject of Zionist or Israeli control of the parties is censored in the media outlets they control. This censorship illustrates how Zionist control of the media serves to deceive the people and cause extreme harm to the nations.

Specific examples of the current pro-Israel bias in the mass media would include the media's unquestioning support of the 9-11 cover-up, the costly and disastrous wars in Iraq and Afghanistan, and the trillion dollar "bail-out." The complete lack of transparency in U.S. elections and discussion of the secretive private companies that run our elections are also censored subjects.

The utterly fraudulent Zionist construct called the "War on Terror" and the illegal wars in Iraq and Afghanistan have all been designed and forced onto the American and British nations by Zionists who control the political systems of London, New York, and Washington.

In Britain, the two political leaders who have promoted and supported the Zionist agenda and wars of aggression are Tony Blair and Gordon Brown. Their Zionist paymasters and handlers are not hard to discern, although they are never discussed in the media in such terms……
COPYPASTE NOVANDRI BLOGSPOT
[Nek Tempoyak=MALAYS ULTIMATE SUPER POWER RACE SOLDIER IN PLANET "EARTH "]

Anonymous said...

sharp observations radar detected.....

Anonymous said...

Kn baik kalu korg wt kn chart bile bnjir, gempabumi, anginribut, tsunami

bebas said...

Bezannya antara najib dan mahathir ialah ms mahathir kena hentam orng umno bawahan masih lg sokong mahathir. Skrng nie najib kena hentam kami xblh nk sokong najib sbb najib bikin kami panas dgn smua bnda najib buat. Gst yg xmunasabah, minyak naik sewenang wenangnya. Skrng ni najib cuma ad sokongan kaki2 kipas orng kuat umno, bn, dn blogger2 picisan yg xyah nak pikir mcm mn nk hidup seharian sbb duit kepul2 dlm kocek. Ad phm!!!!

Anonymous said...

Silap dan bohong tu.

beza najib dan mahathir ialah, masa mahathir takder Facebook dan blog. Itu pasal ramai tak tahu. Zaman Najib semuanya terdedah. Kalau Najib guna pendekatan Mahathir, tentu takder masalah macam ni.

Anonymous said...

Awas.."serangan keatas malaysia"kembali..

bebas said...

Cuba tunjuk la ap yg mahathir buat yg rosakkan negara ms dia jd PM 22 thun??? Sebarkn kat FB, twitter, Ig, blogger tgk orng ramai percaya x??? Viral kan kesalahan2 mahathir yg blh buat kami benci dan hilang kepercayaan pd Tun. Cuba la klu xde keje. Sbb scr personal, jasa2 mahathir utk malaysia terlalu bsr utk kami benci mahathir. Lain la najib, smua bnda dia buat menambahkan benci. Mcm mn kami xnk percaya smua tuduhan2 smua. Awl thun nie ak masih lg percaya dgn najib, tp setelah mcm2 polisi najib menyusahkan rakyat sdh ckup la bg can sama dia dan rosmah.. Ooops

Anonymous said...

Sangat faham. Pasal tu kam kata Najib dan pemimpin UMNO BOHONG besar di bulan puasa ini bila kata tiada PAU dlm masa terdekat tangguh 18 bulan krn akar umbi tolqk pemilihan. UMNO sedang mati diakar umbi perlahan2 dan apabila PRU14 dahan dan pucuknya akan terkulai layu dan terus mati sama seperti UMNO Selangor sangat faham!!!

 
Blogger Templates