Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 9, 2015

SKMM PERLU TERANGKAN, MACAM MANA PENDATANG ASING DAN HARAM DI CAMERON HIGHLAND BOLEH GUNAKAN PARABOLA SECARA TERBUKA!!!



Bukan satu, tetapi lebih 300 parabola digunakan secara berleluasa dan terbuka oleh pekerja asing di kawasan tanah tinggi ini.

Parabola yang dilarang penggunaannya di negara ini boleh dilihat di kebanyakan rumah pekerja di kebun-kebun sayur terutama di Ringlet seperti tiada sekatan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Siasatan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan set parabola haram itu diseludup dari Thailand, Singapura dan Indonesia yang biasanya dibawa bersama barang-barang larangan import kastam lainnya.


Selain tauke, pekerja mereka juga didapati semakin berani memasang cakera haram di bumbung rumah masing-masing sama ada secara terbuka atau tersembunyi di bahagian belakang kediaman.

“Set parabola haram yang dipasang ini mampu menerima siaran televisyen percuma dari luar negara termasuk dari negara asal warga asing berkenaan,” kata sumber yang mengiringi wartawan Utusan Malaysia ke tanah tinggi itu.


Apa yang membimbangkan, kata sumber tersebut, warga asing itu menerima setiap siaran secara langsung tanpa tapisan.

“Banyak unsur tidak baik dalam siaran televisyen yang diterima oleh parabola tersebut. Kalau begitulah caranya bagaimana mereka hendak membiasakan diri dengan budaya tempatan?,’’ kata sumber itu lagi.


Sumber itu juga mempersoalkan ketegasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menangani masalah tersebut kerana perbuatan tersebut semakin membimbangkan.

“Sepatutnya SKMM melakukan operasi untuk membanteras habis-habisan penggunaan parabola haram berkenaan, tetapi keadaan itu seolah-olah tidak berlaku,’’ katanya.

Turut menjadi persoalan, bagai­manakah parabola itu boleh melepasi kawalan pihak berkuasa sehingga begitu mudah digunakan secara meluas di kawasan ini.

“Agensi yang terlibat perlu menjalankan siasatan rapi dan membanteras penggunaan parabola sebelum menjadi semakin tidak terkawal,’’ katanya. (SUMBER)


9 comments:

ramlan aziz said...

Binawe betul skmm nih...

Anonymous said...

Bukan di Cameron saja kat nibong tebal dan parit buntar pun banyak.

Anonymous said...

Parabola haram, yg boleh para2 sakura je...kihkih

Anonymous said...

Kalo yg psg tu melayu lama dh ke dlm

Anonymous said...

Pendatang suka datang malaysia sebab buat apa pun boleh. Ibarat masuk syurga lah. Unpama tuada larangan atau undang undang2 yg akan dikenakan kpd mereka. Kalau rakyat sendiri memang akan diburu jika buat salah.

Anonymous said...

Mmg betul penerima rasuah depa nih

Anonymous said...

Sebenar nya bukan d camaron highland je ada parabola haram ni, malahan seluruh negara melambak parabola haram ni digunakan, klu xcaya cuba datang pekan titi jelebu berlambak ada, macam xsalah je gunakn, skmm ni ckp je lebih tapi xbuat keja

Anonymous said...

Polis % Menteri HANYA tangkap MELAYU..

DAH TAHU SEMUA TU PENDATANG HARAM, PANGGIL ASKAR TANGKAP TOKE SEKALI MASUK JEL..

SENANG PUNYA KERJA..

MANA TAROK OTAK??

Anonymous said...

Ini semua NEGERI NAJIB..

PM biarkan NEGERINYA jadi sarang ORANG ASING??

 
Blogger Templates