Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, July 26, 2015

TAK HAIRAN KE, TIBA-TIBA SAHAJA DAP DAN PKR SENYAP LANGSUNG TENTANG TPPA?



Harap Najib dpt bertahan takala dia sdg dipicit US skg ni utk sign TPPA. US offer sign ajer...semua issue 1mdb or any threats to remove Najib akan dihapuskan. Adakah Najib dan kepimpinan negara akan terus diasak dari pelbagai sudut oleh pelbagai entiti termasuklah ahli politik dalam Malaysia sendiri untuk bersegera setuju menurunkan tandatangan atas perjanjian tersebut?

Ramai yang tidak peduli pun dengan TPPA walaupun pada masa yang sama, mereka sedang cuba menjadi juara isu 1MDB dan 'segala macam penyelewengan' dalam 1MDB.

www.janganjualnegara.com/bantah

X kira APA jua fikrah kita, tolong viralkan.. Negara kita dalam ancaman.

Tggal 3 hari je lagi srbrlum perjanjian TPPA akan ditandatangani

Jika orang-orang Melayu merasakan insiden di Plaza Low Yat tempoh hari adalah kemuncak mereka dihina dan dikhianati, mereka silap.

Ramai orang Melayu belum sedar bahawa mereka akan kehilangan kedaulatan di bumi sendiri akibat Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) yang akan ditandatangani tidak lama lagi.

TPPA merupakan perjanjian yang akan menjerat Malaysia untuk berada di bawah kongkongan kuasa imperialisme kapitalis Amerika-Yahudi, yang akan merentap maruah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Perkara yang paling penting ialah hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera bakal terhapus dengan sendirinya setelah TPPA ini termeterai.

TPPA akan memberikan hak kepada pelabur daripada negara luar seperti Amerika dan Australia untuk membida perolehan kerajaan yang selama ini dikhususkan untuk membantu syarikat Melayu dan bumiputera.

Jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan bumiputera, selepas TPPA ditandatangani, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam (dasar BEE, mirip DEB).

Ini bermakna, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan bumiputera, akan tidak terpakai lagi. Melayu dan bumiputera dilayan sama seperti warga asing.

Kekayaan negara akan dibuka untuk dibida oleh semua orang. Sudah tentu Amerika dan negara seperti Jepun, yang mempunyai kekuatan modal dan teknologi yang berlipat kali ganda berbanding kita, akan memenangi bidaan. Kita akan merempat di bumi sendiri.

Apakah penghinaan dan pengkhianatan yang lebih besar daripada usaha menggadaikan kedaulatan Melayu dan bumiputera kepada kuasa imperialis dan kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA?

‪#‎tolaktppa‬
Jb Hb ‪#‎bantahtppa‬

Ayuh! Tandatangani petisyen di www.janganjualnegara.com


7 comments:

paktam said...

Dulu Najib janji untuk bawa ke parliman untuk didebatkan sebelum apa2 persetujuan.

Anonymous said...

depa block laluan ka Tandatangani petisyen di www.janganjualnegara.com

dah 3x cuba.. laluan tergantung dah lebih 1 jam nie tak boleh masuk.... tak tau samada dari server Malaya atau server US

Anonymous said...

Yg nak tandatangani TPPA tu siapa? Njib ker Dap ker PKR?
Bodo betul orang yg tandatangani perjanjian tu.....

Anonymous said...

cepat sungguh bab-bab menghentam Najib nih...tak dak dah dosa pahala...kaya amal kot.

Anonymous said...

Aku lagi hairan nanti klau mungkin kerajaan setuju tppa nanti, blog ni pun akan dok cerita kebaikan tppa plak..dunia2..

Anonymous said...

save your ownselves muslimin ummah ........allahummasolliala Samy Yusuf.....

Anonymous said...

TPPA.........www.janganjualnegara.com................sdr semangat perjuangan harmoni....................bahalol,xpdc...................Apakah penghinaan dan pengkhianatan yang lebih besar daripada usaha menggadaikan kedaulatan Melayu dan bumiputera kepada kuasa imperialis dan kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA?

 
Blogger Templates