Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 30, 2015

TERDESAK BENAR UNTUK WUJUDKAN KEPERCAYAAN, WARAN TANGKAP SUDAH PUN KELUAR KE ATAS NAJIB!!!


Sarawak Report benar-benar mengotakan dan menunaikan janji mereka untuk muncul sebagai TUKANG FITNAH dan tukang pencipta dokumen-dokumen palsu. Sekaligus membenarkan kenyataan Lester Melanyi, bekas Editor Sarawak Tribune yang mendedahkan bagaimana dia telah diupah untuk memalsukan beberapa dokumen membabitkan 1MDB untuk disiarkan oleh Sarawak Report dan kemudian dianggap sebagai satu kebenaran oleh mereka yang berotak sekerat.

Kini Sarawak Report muncul lagi. Kali ini muncul dengan sesuatu yang disangkakan akan lebih GEMPAK, lebih memeranjatkan dan LEBIH HEBAT!

WARAN TANGKAP KE ATAS NAJIB ABDUL RAZAK!!!


Ketika Sarawak Report mencipta money trail menggunakan Powerpoint sahaja, kali ini waran tangkap pula dicipta dengan menggunakan Microsoft Word!

Ada pembela yang menyatakan Sarawak Report sekadar memaparkan Draft Waran Tangkap bersama-sama Pertuduhan yang boleh digunakan untuk memohon waran tangkap sebenar dari mahkamah. Sekaligus, ini tidaklah boleh dianggap palsu.

Barangkali pencipta waran tangkap atau draf waran tangkap (*mana-mana satu), terlupa bahawa baik waran tangkap, waran geledah mahupun sapina ke mahkamah, yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan untuk pertuduhan untuk pendakwaan, wajib ada nombor kes atau nombor report atau nombor fail. Bukannya kosong sebagaimana yang didedahkan oleh Sarawak Report.


Lebih menarik lagi, ada pula peguam yang kononnya sangat hebat, turut mempromosikan fitnah rekaan Sarawak Report walaupun dia barangkali lebih arif tentang Waran Tangkap dan Kertas Pertuduhan berbanding orang awam. Sekaligus membolehkan kita meneka, apakah motif, apakah matlamatnya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Dalam hal ini, Sarawak Report sendiri terkeliru antara kertas pertuduhan dengan waran tangkap. Dokumen yang disbarkan itu kelihatan seperti satu kertas pertuduhan dalam bentuk draf. Dan dokumen draf kertas pertuduhan sebegitu boleh dicpita dan direka oleh sesiapa pun yang tahu menggunakan Microsoft Word.

Mudah sangat buat fitnah dan anehnya, ada yang sudah pun terkinja-kinja dan membuat kesimpulan, pendedahan Sarawak Report kali ini adalah paku terakhir di keranda Najib!!!


16 comments:

Anonymous said...

Brader, itu warrant tangkap standard. Ini special case ada specific names, companies, crime etc.

Lu ingat isi tempat kosong dalam borang je ker?

Anonymous said...

Segerlintir rakyat Malaysia semakin gila dan sakit...

Anonymous said...

Engkau paham tak apa erti "draft"...

zgmail said...

palsu atau tulin soal kedua...isu pokok adalah mengapa najib masih mnjawab isu duit berbilion ringgit yg dimasukkn kedlm akaun peribadinya

Anonymous said...

Sedih segelintir rakyat Malaysia semakin gila dan sakit...fitnah sangat dipercayai tanpa usul periksa, kebenaran dan penjelasan dicemuh. Ni samalah dgn umat2 jahil zaman purba yg enggan percayakan Rasul2 dan Nabi2 mereka..

jgn jadi bodoh!!! said...

Tanya Ghani Patail..dia ada jawapan sebenar...jgn ingat org bodoh la...tanya anjing mmg menyalak kata palsu la..taktik aljuburi freemanson anjing2 ni

Anonymous said...

Disebabkan Najib, Umno dan negara huru hara. Berbaloikah? Najib hanya seorang. Umno yang sedang diseret dalam selut oleh Najib sekarang ini pula milik berjuta orang. Wajarkah Umno terkorban hanya kerana individu bernama Najib?

Anonymous said...

Memang special LA sangat pasal waran tangkap lain x palsu, yg ni palsu, nama company, specific names tiap2 hari dlm paper, makluman awam ape yg susah sgt nak taip, yg dorang tu kne tulis tangan n kena sign LA bongok, psl tu x boleh di fake, hai bodo Jugak kan?

Anonymous said...

setahu aku. court yang keluarkan waran tangkap.
belum masuk court. macamana nak keluar waran tangkap?

yang SR tunjuk tu draf pertuduhan. bawa pergi court baru boleh keluar waran tangkap kalau ada kes.

memang la tak sama dengan waran tangkap.

kenapa compare different document?

Unknown said...

Pertahankan krn Allah bkn krn kita sokong dia. Nabi s.a.w bersabda org yg malang ialah org yg masuk neraka demi dunia org lain.

Bila Allah nak ambil kuasa dr sesiapa x ada siapa yg boleh halang. Kalau ini terjadi, takut kredibiliti kita hilang.

Anonymous said...

Isi otak kosong...

Anonymous said...

Itu Drat copy, nak beri peluang kepada Najib letak jawatan secara bermaruah...itupun Najib masih lagi Degil, sombong bodoh!

Inilah akibat terlebih dengar kata kata PUNAH SIHAT!

Anonymous said...

aku dah bertahun-tahun buat waran tangkap, ni lah first time aku tengok 'waran tangkap' tahap budak sekolah.kalau betullah orang cakap yang dokumen yang first tu legit, mana nombor kes dan nombor rujukannya?

Anonymous said...

Memang fake la bahlol. Thats the point.

Anonymous said...

Nama pun Deraf, Najib sudah ditawarkan supaya letak jawatan walaubagaimanapun beliau enggan, ni punahsihat punya kerja la ni.

Ada berita lebih panas sekarang ni, dikhabarkan punahsihat2 dan chai2 upahan ahjibgor mula mencari, mengintai peluang menjadi chai kepada tuan dan masterji baru!

Maksudnya, punahsihat dan chai2 ahjibgor sudah mula sedar Najib tidak boleh diselamatkan lagi!

Unknown said...

Jgn la di sana kita muflis di sebab kan andaian dan fitnah itu pun kalau beragama islam dan percaya rukun iman

 
Blogger Templates