Kalau kenyataan itu untuk menaikkan darah dan membuatkan kepala berasap, si pembuat kenyataan yang menggunakan nama Ahmad Maslan, cukup berjaya.
Kalau kenyataan itu sekadar satu gurauan dan lawak jenaka, ia adalah satu langkah yang sangat buruk. Kenyataan itu tidak melegakan, bahkan boleh mencetuskan kemarahan yang lebih besar kepada Ahmad Maslan dan Kerajaan, terutama sekali kepada Najib Abdul Razak.
Walaupun ada kebenaran dalam kenyataan tersebut, bab-bab ini tidak akan diambil kira. Pembaziran makanan serta bahan bakar umpamanya, tidak pernah dituding kepada diri sendiri, sebaliknya kepada kerajaan.
Lagipun selepas gagal membalun kerajaan pada Mac sehingga Mei kerana harga minyak tidak dinaikkan, kenaikan pada Jun yang kemudian disusuli pada Julai, perlu dipergunakan sepenuhnya untuk menghentam kerajaan.
Sudah ada cakap-cakap yang kerajaan sebenarnya tidak mampu mengawal harga kerana desakan persatuan-persatuan pengusaha pam minyak sepertimana kerajaan tidak mampu mengekang kekuasaan TELCO yang enggan menurunkan harga kad pra-bayar. Kerajaan hanya pelaksana kepada kehendak persatuan yang lebih berpengaruh dan vokal.
Cuba BACA DI SINI
Nama pun, rakyat Malaysia.... siapa suruh kerajaan muakan dan manjakan sangat rakyat Malaysia. Sekarang terimalah keadaan rakyat Malaysia yang serba manja.
2 comments:
Inilah realiti yg trpaksa dihadapi... org malaysia cukup manja, dpt fb tweeter mcm beruk makan belacan.
komen paling bodoh
Post a Comment