Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 6, 2015

UMUR BARU 13 TAHUN, TAPI SUDAH PANDAI UGUT NAK SEBAR GAMBAR DAN VIDEO LUCAH TEMAN PEREMPUAN DI WEECHAT!!!



Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan setelah dikatakan mengugut untuk menyebar gambar dan video lucah seorang remaja perempuan yang seusia dengannya di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata pelajar lelaki itu ditahan pada pukul 6.35 petang semalam susulan laporan polis yang dibuat remaja perempuan berkenaan pada Jumaat lepas.

Beliau berkata remaja perempuan itu yang merupakan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah swasta di Kelana Jaya, Petaling Jaya telah berkenalan dengan remaja lelaki itu melalui laman sosial WeChat sejak Mac lepas.

"Sejak itu mangsa sering berhubung melalui WeChat dan WhatsApp dengan suspek. Pada Mei lepas, suspek dikatakan memaksa pengadu (mangsa) untuk menghantar gambar lucah kepadanya.

"Pada pertengahan Jun lepas, suspek sekali lagi memaksa pengadu menghantar video dengan berkelakuan lucah. Suspek mengugut akan menyebarkan gambar dan video (yang dihantar sebelum ini) ke laman sosial apabila pengadu tidak lagi menghubungi dan melayannya selepas peristiwa itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata oleh kerana bimbangkan keselamatannya, pelajar perempuan itu telah membuat laporan polis.

Bertindak dari laporan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, katanya dan menambah suspek direman selama tiga hari.

Turut dirampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba. - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

children is like a white cotton,protection must 100%....

Anonymous said...

HADI AWANG PULAK BUAT GUAN ENG TERKEDU!!!

Sebarang tuduhan mahupun dakwaan yang ditujukan terhadap salah laku yang dilemparkan kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi yang sah.

Menurut Presiden PAS, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu, lapor Astro Awani.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis ‘Madinah Ramadhan’ di sini malam tadi.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Dr Haron menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu. Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.

Walaubagaimana pun, YAB Datuk Seri Najib telah tampil menafikan dakwaan itu dan kini berdepan desakan agar mengambil tindakan perundangan terhadap media antarabangsa tersebut.

Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.Copy paste semuthitam.blogspot

 
Blogger Templates