Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 18, 2015

20 AHLI PARLIMEN BN YANG KONONNYA BERKOMPLOT DENGAN PAKATAN UNTUK GULINGKAN NAJIB, TIDAK TERLIBAT, KATA ZAHID!!!



Kesemua 20 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menafikan terlibat dengan komplot menggulingkan Perdana Menteri seperti yang tersebar melalui media sosial pada Isnin.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad yang mewakili 20 Ahli Parlimen itu menegaskan, dakwaan itu hanya cerita rekaan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kami ingin tegaskan, apa yang tersebar di media sosial seperti Facebook dan blog itu langsung tidak benar.

“Ia satu dakyah yang mempergunakan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kononya terdapat 20 Ahli Parlimen berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Seramai 34 Ahli Parlimen BN hadir pada sidang media itu sebagai tanda sokongan.

Shahrir, Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, dakwaan itu perlu disiasat dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berita tidak betul tersebut.

“Siasatan perlulah diambil kerana jika dibiarkan ia boleh mendatangkan keburukan kerana melibatkan Ahli Parlimen kita sendiri,” katanya lagi.

Beliau menegaskan, 20 Ahli Parlimen yang dikaitkan itu menyokong penuh kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menyatakan akan membuat perjumpaan dengan Zahid untuk membincangkan lebih lanjut mengenai kenyataannya dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ampang pada Sabtu lalu.

Sebelum ini Zahid dalam mesyuarat UMNO Bahagian Ampang itu mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk UMNO.

Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen Pembangkang, serta cuba menarik Ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui ‘jalan belakang’ – undi tidak percaya.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang sangat boleh dipercayai. - (fmt)


1 comment:

Anonymous said...

tin kosong.... kalah bunyi petir... mcm x knl zahid hamidi...kn ank buah anwar...

 
Blogger Templates