Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 10, 2015

AG BARU PANTAS BERGERAK... TIGA ORANG PENIAGA LOWYAT DIDENDA RM1800 KERANA BELASAH SI PENGANGGUR!!!



Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda sebanyak RM1,800 ke atas tiga jurujual telefon bimbit Plaza Low Yat selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan sengaja mencederakan penganggur di bangunan berkenaan pada bulan lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.

Sekiranya ketiga-tiga individu terbabit didapati gagal membayar denda itu, mereka akan berdepan dengan hukuman penjara selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-ketiga lelaki itu didakwa sengaja mencederakan mangsa, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, pada jam 4.57 petang 11 Julai lalu.

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - THEHYPEMEDIA.COM


6 comments:

jgn d patuk 2 kali said...

Kalau clone jangan jual harga ori..

Anonymous said...

Memukul dan mencederakan orang,memadaikan hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka...fikir-fikirkan.

Anonymous said...

alaa...bro...denda maksimum RM2000 saja...celah gigi jer bagi cina bangsat nak bayaq..? Kerajaan Malaysia pimpinan mana2 parti sekali pun harus menaikkan sehingga RM10,000 tanpa dikurangkan sedikit pun... ingat ini bagi mengelak kejadian berulang kembali.. biaq jadik pengajaran... kami mau keharmonian kaum, bukan kebencian atau syak wasangka antara satu masa lain.

Ted Manoff said...

Denda tak best..ikut hukum Qisas..chedera balas dengan chedera...
Islam is beautiful...

Anonymous said...

Nanti ada parti pembangkang tolong bayarkan

Anonymous said...

Alahai dendanya.. Memang betul bayar celah gigi je.nampak dalam video ramai je pukul budak melayu tu??? Cuba buka youtube tengok

 
Blogger Templates