Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 10, 2015

APA MASALAH ADIK NAJIB ABDUL RAZAK NI? DAH TERINGIN SANGAT NAK MAIN POLITIK KE?



Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.



Sebelum ini, pemindahan dua pegawai kanan SPRM, Bahri dan Rohaizad ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengundang tanya tanya pelbagai pihak.

Muat naik itu menerima pelbagai komen daripada pengikut Instagram Nazir.

Sementara itu, Abu Kassim pula selesai menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan kini sedang dalam cuti sakit.

Tempat beliau dipangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali sehingga Abu Kassim kembali bertugas. - AWANI


12 comments:

Anonymous said...

Bila SPRM nak menyiasat Nazir dan CIMB pulak?

Tolong cepat sikit buat siasatan ke atas Nazir!

Malaysiabaru said...

Nazir go ahead..

We support you and ten of your billionares friends..

At least ada keturunan tun Razak yg conscience

Anonymous said...

tiba2 nazir dgn cimb pulak yang korang mintak siasat...
yang lain pun tak habis siasat, ni nak siasat yang lain pulak?

siasat la satu demi satu
biar sampai habis
biar dapat keputusan dulu

dah selesai satu kes barulah siasat kes lain.

yang siasat pun orang yang sama kan..
mana boleh siasat sekali gus....
sabor la...
jangan gelojoh sangat la...

Anonymous said...

Macai blogger dah buat keje....alhamdulilah

Anonymous said...

sibling rivalry sejak kecik....si abang dapat duit berbilion...si adik pun dengki lah sbb dia tak dapat....

Anonymous said...

samdol....

Anonymous said...

ok la tu.. gamaknya adik dia menyampah tahap tujuh petala langit tujuh petala bumi kot kat abg n kak ipar dia..

Eh, jgn lupa, suh pm kesayangan korang htr adik dia kat lautan hindi, kan sekarang pantang bunyi pasal wan emdibi kena pindah, kena tuka, kena siasat.. cepat sket buat keje..

Kilroy said...

Tahap blogger barua - semua pasal Cash is King-

Anonymous said...

Pendakwaan Najib melalui SPRM adalah Pelan C Mahathir. Mahathir ada ramai tali barut dalam SPRM yang boleh mencipta bukti palsu. Sebab tu Najib mengamuk.

Anonymous said...

Nampak sangat blogger upahan...

Anonymous said...

Najib yg belasah 2.6b sprm dgn mahathit pulak difitnah ?
MasyaAllah ! Terdesaknya ajib gor and the penjilat.

Anonymous said...

Kalau bukti tu palsu kenapa ajib gor mengamok ? Tak masuk akal.

 
Blogger Templates