Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 5, 2015

BENARKAH SHAFIE APDAL LAWAN NAJIB ATAU SEBENARNYA SELAMATKAN MARUAH PRESIDEN PARTINYA?



Tidak dapat tidak, suatu perkara yang langsung tidak boleh diketepikan atau dinafikan ialah, penyingkiran Shafie Apdal daripada jawatan kabinet telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan para penyokongnya terutama di Bahagian yang dia sendiri adalah Ketua Bahagiannya iaitu Semporna.

Jadual asal perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Semporna pada 15 Ogos ini dilakukan oleh Najib Abdul Razak selaku Presiden parti. Bagaimanapun, Bahagian Semporna telah mengubah jadual tersebut dan 'membatalkan' kehadiran Najib, sebaliknya digantikan oleh Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang digugurkan bersama-sama Shafie Apdal.

The Malaysian Insider milik Tong Koii Ong bersegera mencipta persepsi bahawa Shafie Apdal telah mengisytiharkan perang secara rasmi dengan Najib Abdul Razak walaupun Shafie Apdal telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan keluar dari UMNO atau mendurhakai parti yang dia sendiri terlibat membawa masuk ke Sabah. (RUJUK SINI)

Puak-puak DAP dan PKR cuba menggambarkan Shafie dan Muhyiddin sedang bersatu untuk menentang Najib. UMNO digambarkan sebagai sedang bergelora dan sedang menghadapi perang saudara yang sama besar seperti dalam tahun 1997.

Mungkin bagi yang singkat akal, akan membenarkan persepsi ciptaan The Malaysian Insider milik Tong Koii Ong yang cuba membalas dendam bagi pihak boss mereka. Namun bagi yang dapat melihat apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO itu sebenarnya tidak mahu Presiden partinya dimalukan oleh segelintir ahli-ahli UMNO Bahagian Semporna yang mungkin akan melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya.

Dalam keadaan sekarang di mana Shafie tidak mungkin dapat mengawal perasaan dan emosi semua ahli-ahli UMNO di Bahagiannya, cara terbaik mengelak Najib daripada diserbu, diasak, dimalukan dengan boo atau ucapannya diejek-ejek ialah dengan membatalkan kehadiran Najib untuk merasmikan mesyuarat tersebut, sebaliknya menggantikan tempat Najib dengan Timbalannya iaitu Muhyiddin.


Persepsi negatif mudah diwujudkan tetapi sudah pasti juga, Shafie mahu menjaga kedudukannya di mata ahli-ahli UMNO di Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh negara, tidak setakat di Semporna semata-mata. Memalukan atau menyediakan ruang untuk menjatuhkan air muka Presiden parti, hanya akan membunuh kedudukan serta kerjaya politiknya sendiri.

Contoh terbaik sudah ada bagaimana Anwar Ibrahim memalukan Suhaimi Ibrahim, Ghaffar Baba, Mat Taib, Rahim Thamby Chik, Muhyiddin dan Najib sendiri apabila akhirnya dia dimalukan pula dengan skandal yang paling memalukan iaitu seks sama jenis yang kemudian cuba dihalalkan dengan sokongan kepada LGBT.

Seharusnya laporan-laporan daripada The Malaysian Insider dan sewaktu dengannya dicermati dan perlu diperhatikan dengan teliti sebelum ditelan dan dihadam bulat-bulat kerana sepanjang kewujudannya, The Malaysian Insider tidak pernah memberikan liputan positif tentang UMNO, para pemimpin UMNO mahupun tentang kerajaan, sebaliknya cukup besar ruang dan imej hebat diberikan kepada DAP dan PKR selain penentangan terhadap kerajaan.


4 comments:

Anonymous said...

Kenapa pilih Muhyiddin? Kenapa x orang lain saperti TPM..Ku Nan?

Anonymous said...

Kenapa diganti dgn muhyidin...nmpak sgt la protes najib...zahid ada hishamudin ada ahmad maslan ka....hihihi...bodoh punya analisis..

Anonymous said...

Kalo cam ni..setia macam mana pun Shafie kpd UMNO.. u do not have a bright future in the party. May Allah bless u.

Anonymous said...

sentap bro sentap.....

 
Blogger Templates